awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Capaian internet rendah, faktor pendaftaran vaksin di N. Sembilan rendah

Bernama
Bernama
14/04/2021
10:34 MYT
Capaian internet rendah, faktor pendaftaran vaksin di N. Sembilan rendah
Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kawasan berkenaan sebahagian besar melibatkan perkampungan Orang Asli. - Gambar fail
SEREMBAN: Capaian internet yang rendah di kawasan pedalaman di daerah Jelebu, Jempol dan Kuala Pilah dikenal pasti sebagai antara faktor jumlah pendaftaran vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera di Negeri Sembilan masih rendah setakat ini.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata kawasan berkenaan sebahagian besar melibatkan perkampungan Orang Asli.
Susulan itu katanya Pegawai Daerah dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) diarahkan untuk mengambil tindakan segera bagi memastikan rakyat di kawasan itu mendaftar pengambilan vaksin.
"Selain itu kami juga sudah maklumkan kepada Orang Asli untuk berbincang dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (Jakoa) untuk wujudkan pasukan bergerak bagi memudahkan urusan pendaftaran dan penerimaan vaksin nanti bagi kumpulan Orang Asli ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.
Katanya setakat ini seramai 361,085 individu iaitu 42.5 peratus daripada rakyat negeri ini telah mendaftar vaksin COVID-19 dan mereka yang terlibat diingatkan mematuhi janji temu yang akan ditetapkan.
Fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan bermula 19 April melibatkan golongan berisiko seperti warga emas, individu yang mempunyai sejarah penyakit (komorbiditi) dan Orang Kurang Upaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Capaian internet
#daftar vaksinasi
#program imunisasi
#MySejahtera
#oran asli
#Negeri Sembilan
#COVID-19
#Aminuddin Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan