awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Carcosa Seri Negara disyorkan jadi galeri khas Perdana Menteri Malaysia

Bernama
Bernama
28/08/2024
20:30 MYT
Carcosa Seri Negara disyorkan jadi galeri khas Perdana Menteri Malaysia
Mohd Yussof turut meminta supaya Carcosa Seri Negara tidak dijual atau diswastakan kerana ia memiliki nilai-nilai sejarah negara. - Gambar fail/Twitter @Keith Jenkins
GEORGE TOWN: Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) mengesyorkan supaya Carcosa Seri Negara di ibu negara dijadikan galeri khas menyimpan maklumat dan koleksi kesemua Perdana Menteri Malaysia.
Presidennya, Tan Sri Mohd Yussof Latiff berkata, langkah itu secara tidak langsung dapat memastikan bangunan berciri kolonial berkenaan tidak terus dilupakan.
"Carcosa Seri Negara perlu dipulihara sebagai bangunan mercu tanda warisan negara untuk generasi muda, jadi kami di Pemenang berpendapat ia harus dijadikan pusat penyelidikan dan penyimpanan maklumat serta galeri khas menyimpan sejarah kesemua Perdana Menteri Malaysia," katanya kepada Bernama.
Beliau mengulas mengenai keadaan terkini bangunan itu yang terbiar kosong dimamah usia.
Mohd Yussof turut meminta supaya Carcosa Seri Negara tidak dijual atau diswastakan kerana ia memiliki nilai-nilai sejarah negara.
Carcosa Seri Negara bukan sekadar kediaman rasmi Residen Jeneral British yang pertama bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, malah ia juga venue yang merintis laluan bagi menuntut kemerdekaan negara.
Bangunan Seri Negara menyimpan peristiwa sejarah dengan dokumen-dokumen mengenai pembentukan Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani di lokasi itu pada 1948. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Carcosa Seri Negara
#Persekutuan Tanah Melayu
#Mercu tanda
#berciri kolonial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan