awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CCTV di bilik kebal untuk elak kebocoran soalan SPM - Muhyiddin

Bernama
Bernama
03/11/2014
04:00 MYT
CCTV di bilik kebal untuk elak kebocoran soalan SPM - Muhyiddin
Penghantaran kertas soalan ke pusat peperiksaan turut dilakukan dengan bantuan kawalan Polis Diraja Malaysia (PDRM). - Foto Bernama
Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) pada 526 buah bilik kebal yang menyimpan kertas soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diharap dapat mengelak berlaku kebocoran soalan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata langkah segera untuk memperketat kawalan keselamatan aliran perjalanan kertas soalan SPM telah dilakukan ekoran kejadian kebocoran soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sebelum ini.
"Ini termasuk cara penyediaan soalan dan sehingga pembungkusan. Jika ada berlaku 'tampering' (diusik) (ia) boleh dikenal pasti," katanya pada sidang media selepas meninjau hari pertama peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kiaramas di sini hari ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata penghantaran kertas soalan ke pusat peperiksaan turut dilakukan dengan bantuan kawalan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Beliau juga memberitahu bahawa persediaan sewajarnya juga telah diambil di negeri-negeri yang berkemungkinan menghadapi banjir bagi memastikan peperiksaan dapat diteruskan dalam keadaan yang agak sempurna.
Muhyiddin turut mengucapkan selamat maju jaya dan menasihatkan calon supaya bertenang dan tidak berasa gugup semasa menjawab soalan serta mengaplikasi apa yang telah dipelajari di dalam kelas dan kelas tambahan dengan sebaik mungkin.
Sebanyak 455,839 calon SPM di 3,655 pusat peperiksaan seluruh negara menduduki kertas peperiksaan Bahasa Melayu hari ini.
Daripada jumlah itu, 20 calon merupakan calon berkeperluan khas terencat akal, buta (23), bisu (1), pekak (208), rabun (134), spastik (26) dan lain-lain kecacatan (645).
Sebanyak 29,607 petugas peperiksaan dan 22,989 pemeriksa terlibat dalam SPM tahun ini yang akan berakhir pada 4 Dis depan.
Topic Berkaitan
#bilik kebal
#Muhyiddin Yassin
#Pemasangan kamera litar tertutup
#Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kiaramas
#Sijil Peperiksaan Malaysia
#SPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan