awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cederakan anak dengan parang, tukul besi, ibu kandung, bapa tiri dihadap ke mahkamah

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
19/05/2023
09:05 MYT
Cederakan anak dengan parang, tukul besi, ibu kandung, bapa tiri dihadap ke mahkamah
Kedua-dua tertuduh dengan sengaja secara bersama-sama menyebabkan cedera kepada mangsa yang berusia 13 tahun. - Gambar/ Astro AWANI
AYER KEROH: Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini atas empat pertuduhan termasuk menyebabkan kecederaan terhadap anak lelaki mereka menggunakan parang dan tukul besi tahun lalu.
Bapa tiri Mohd Rahimi Kamarudin, 34, dan ibu kandung mangsa, Sharifah Nur Aziah Syed Murad, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam.
Mengikut tiga pertuduhan, kedua-dua tertuduh dengan sengaja secara bersama-sama menyebabkan cedera kepada mangsa yang berusia 13 tahun di bahagian kepala menggunakan tukul besi, selain cedera di tangan dan pinggang menggunakan parang.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Batu 4 1/2 Lorong Medang, Jalan Pulau Gadong, Klebang Besar di sini antara akhir Januari hingga awal Februari 2022.
Sabit kesalahan, boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun atau denda atau dengan sebat atau mana-mana daripada dua hukuman itu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibacakan bersama Seksyen 326a dan Seksyen 34 kanun sama.
Kedua-dua tertuduh turut berdepan satu pertuduhan sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap kanak-kanak sama telah mengabaikan atau mendedahkannya dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.
Perbuatan itu dilakukan di rumah di Jalan Belimbing 4, Taman Widuri, Bachang, di sini pada kira-kira pukul 12 tengah malam awal Februari hingga 7 Februari 2022.
Sabit kesalahan kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibacakan bersama Seksyen 34 kanun sama.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nazrin Ali Rahim dalam hujahannya tidak mencadangkan jaminan kerana kesalahan tidak boleh dijamin terhadap kedua-dua tertuduh.
Namun, sekiranya mahkamah ingin menggunakan budi bicara, beliau memohon jumlah dikenakan mencerminkan keseriusan kesalahan selain syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sehingga kes selesai serta perlu melapor diri di balai polis mengikut kesesuaian waktu tertuduh.
Hakim kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM40,000 bagi semua pertuduhan dan bersetuju dengan syarat tambahan pendakwaan selain pasport tertuduh perlu diserahkan kepada mahkamah.
Mahkamah menetapkan tarikh 20 Jun ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan psikiatrik mangsa.
Tertuduh diwakili peguam Muhammad Syah Azlan Abdullah.
Topic Berkaitan
#dera anak tiri
#ibu kandung
#parang
#tukul besi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan