awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ceramah tumpuan malam kemuncak piket solidariti Palestin

Bernama
Bernama
31/12/2023
22:00 MYT
Ceramah tumpuan malam kemuncak piket solidariti Palestin
Peserta membuat tulisan menggunakan lilin tertera perkataan 'Save Gaza'. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Malam kemuncak piket solidariti untuk Palestin berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Tun Razak di sini yang diadakan sejak Selasa lepas dihadiri lebih 200 orang termasuk orang kenamaan.
Antara pemimpin yang hadir pada malam penutup piket 'Kepung Demi Palestin' itu ialah Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta aktivis sosial Tian Chua.
Selain ceramah, antara pengisian yang diadakan bermula 8 malam ialah persembahan muzik dan pameran gegantung mempamerkan sejarah penindasan Israel tehadap rakyat Palestin.
Pekarangan perhimpunan itu turut dihiasi dengan nyalaan lilin yang membentuk perkataan 'Save Gaza.'
Mohamad dalam ucapannya berkata di sebalik kesengsaraan yang dihadapi oleh rakyat Palestin, beliau yakin sifat kemanusiaan dan perpaduan merupakan tonggak utama untuk mencapai keamanan.
"Di Malaysia, walaupun kita semua berbeza kaum dan agama kita mampu hidup dengan aman serta tenteram," katanya.
Nik Nazmi pula berkata usaha kerajaan yang terus menyuarakan hak dan isu penindasan terhadap rakyat Palestin di Gaza telah mendapat perhatian masyarakat dunia.
"Kita nak hantar satu mesej yang jelas bahawa rakyat di seluruh dunia termasuk Malaysia tidak akan berdiam diri selagi hak rakyat Palestin tidak dihormati," katanya.
Peserta dilihat mula bersurai pada 12 tengah malam dengan dikawal oleh pihak polis.
Menurut laporan media antarabangsa, sekurang-kurangnya 20,000 penduduk Palestin termasuk kanak-kanak terbunuh sejak tercetusnya konflik Israel-Palestin di Gaza pada 7 Okt lepas hingga kini.
Piket membabitkan 48 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang merangkumi organisasi masyarakat, pertubuhan pemuda dan pelajar serta kelompok politik daripada pelbagai spektrum, dianjurkan sebagai simbolik pengepungan terhadap Gaza selain menuntut supaya pembunuhan terhadap rakyat Palestin dihentikan manakala gencatan senjata dilaksanakan segera.
Antara NGO yang mengambil bahagian ialah Majlis Perundingan Islam Malaysia, Sejagat, Viva Palestina Malaysia, Yayasan Al Quds Malaysia, Suara Rakyat Malaysia serta Gabungan Wanita Malaysia untuk Al-Quds dan Palestin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#piket solidariti Palestin
#ceramah
#kepung demi palestin
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan