awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cermin kereta Teresa Kok dipecah, beg tangan disamun

Sinar Harian
Sinar Harian
23/02/2026
08:43 MYT
Cermin kereta Teresa Kok dipecah, beg tangan disamun
Teresa membuat laporan di Balai Polis TTDI selepas cermin kereta dipecah di Taman Persekutuan Bukit Kiara pada Ahad.
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, kerugian kira-kira RM2,000 selepas kenderaannya dipercayai dipecah masuk ketika beliau berjoging di Taman Persekutuan Bukit Kiara pada Ahad.
Teresa berkata, kejadian itu disedari kira-kira jam 7 malam apabila beliau kembali ke kenderaannya yang diparkir di kawasan berkenaan sekitar jam 6.15 petang.
“Saya mendapati cermin tingkap bahagian penumpang hadapan kenderaan telah dipecahkan dan beg tangan yang diletakkan di ruang kaki tempat duduk tersebut hilang.
“Saya mengalami kerugian kira-kira RM2,000 membabitkan wang tunai, termasuk wang angpau, selain kehilangan kad pengenalan, kad kredit dan beberapa dokumen penting lain,” katanya dalam kenyataan di Facebook.
Teresa berkata, susulan kejadian itu, beliau membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail.
“Pegawai polis yang bertugas mengendalikan laporan saya dengan sangat profesional, kemudian Pegawai Penyiasat datang untuk mengambil kenyataan saya.
“Unit forensik juga tiba tidak lama kemudian untuk mengambil gambar serta kesan cap jari pada kenderaan. Saya meninggalkan balai polis kira-kira jam 9.30 malam,” katanya.
Dalam pada itu, Teresa berharap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dapat mempertimbangkan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan parkir taman berkenaan bagi membantu siasatan polis.
Sinar Harian sedang mendapatkan pengesahan polis berhubung kes tersebut. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Teresa Kok
#kes pecah kereta
#Ahli Parlimen Seputeh
#laporan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan