awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ceroboh tanah: Perdana Menteri akan jumpa wakil Orang Asli

Bernama
Bernama
10/08/2018
04:48 MYT
Ceroboh tanah: Perdana Menteri akan jumpa wakil Orang Asli
Satu pertemuan bersama Perdana Menteri diaturkan pukul 3.30 petang hari ini. - Gambar fail
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sedia menerima kunjungan daripada wakil masyarakat Orang Asli Gua Musang, Kelantan bagi mendengar permasalahan berhubung dakwaan pencerobohan tanah wilayah adat kaum itu oleh beberapa syarikat.
Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya selepas menerima memorandum daripada Pengerusi Jaringan Kampung Wilayah Tanah Adat Pos Simpor, Nur Mohd Shafiq Dendi Abdullah bagi menuntut pengiktirafan wilayah tanah adat Orang Asli melalui kaedah Geran Komuniti.
"Perdana Menteri mahu mendengar dan mendapat maklumat secara terperinci isu yang membelenggu kaum Asli Temiar itu sehingga mendorong mereka membina sekatan bagi menghalang syarikat-syarikat yang mencerobohi sebelum memutuskan sebarang tindakan," katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan Perdana Putra di sini hari ini.
Isu itu tercetus apabila beberapa syarikat didakwa menceroboh tanah wilayah adat bagi membuka ladang durian sehingga mendorong masyarakat Orang Asli dari 17 buah perkampungan bertindak membina sekatan bagi menghalang aktiviti pencerobohan itu sejak 18 Feb lepas.
Sementara itu, Mohd Shafiq Dendi yang juga Pengerusi Belia Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan berkata pihaknya amat berterima kasih dengan keprihatinan Dr Mahathir untuk bertemu dan berbincang bagi mencari jalan menyelesaikan kemelut itu.
Beliau, yang mengetuai 220 Orang Asli hadir bagi menyerahkan memorandum itu, berkata pihaknya kini menaruh sepenuh kepercayaan kepada kerajaan Pakatan Harapan selepas usaha mendapatkan pertolongan daripada kerajaan Kelantan menemui jalan buntu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ceroboh tanah
#Gua Musang
#kerajaan
#Mahathir Mohamad
#Orang Asli
#Pakatan Harapan
#Perdana Menteri
#politik
#Putrajaya
#Tanah adat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan