awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ChatGPT akan cetus revolusi industri pusat data - Pakar

Bernama
Bernama
17/05/2023
13:10 MYT
ChatGPT akan cetus revolusi industri pusat data - Pakar
Perbezaan utama antara reka bentuk pengkomputeran awan semasa dan ChatGPT, serta AIGC adalah reka bentuk pusat data.
KUALA LUMPUR: Chatbot kecerdasan buatan (AI), ChatGPT bakal mencetuskan revolusi ke atas industri pusat data, kata seorang pakar.
Naib Presiden Kanan GDS Services Ltd untuk perniagaan antarabangsa Jimmy Yu berkata perbezaan utama antara reka bentuk pengkomputeran awan semasa dan ChatGPT, serta kandungan yang dihasilkan kecerdasan buatan (AIGC) adalah reka bentuk pusat data.
"Ia membuka peluang kepada negara-negara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand, di rantau ini, untuk mempunyai skala sumber yang lebih besar dari segi tanah, utiliti serta tenaga boleh diperbaharui.
"Ini bukan semata-mata soal lokasi. Untuk penggunaan AIGC yang lebih besar, mana-mana syarikat hanya memerlukan sumber berskala dan sambungan internet yang ringkas," katanya pada sesi panel bertajuk "Masa Depan Pusat Data Hijau" di Persidangan Rakan Kongsi Asia Pasifik Huawei 2023 di Shenzen, China, hari ini.
Persidangan hibrid dua hari itu akan berakhir esok (18 Mei).
"Dengan pembelajaran mesin AI, pengkomputeran akan terus berjalan. Anda hanya perlu memastikan ia berfungsi.
"Kami telah membina pusat data untuk penyedia perkhidmatan awan dan kami mungkin perlu memikirkan kaedah terkini bagaimana kami harus melakukannya untuk sektor baharu, terutamanya AIGC," kata Yu.
Beliau juga berkata GDS Services, pemaju terkemuka dan pengendali pusat data berprestasi tinggi di China, telah menyaksikan banyak sektor pusat data berskala hiper bergerak ke sektor baharu seperti AIGC.
"Apabila industri ini benar-benar berkembang dan dengan lebih banyak penggunaan, kami akan melihat titik pertumbuhan yang lebih besar untuk industri kami," tambah Yu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ChatGPT
#pusat data
#kecerdasan buatan
#kandungan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan