awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chef Wan berang, balas sindiran Najib Razak

Astro Awani
Astro Awani
09/07/2019
04:05 MYT
Chef Wan berang, balas sindiran Najib Razak
Chef Wan berang dengan sindiran tajam Najib yang secara sinis menggambarkan beliau telah 'dirasuk syaitan'.
"SAYA nak tanya Najib jika saya ini manusia yang tak baik dan tidak berjaya di dalam kerjaya saya kenapa hantar saya untuk bantu beliau dan kementeriannya?"
Itu soalan yang ditanya secara terbuka oleh chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak susulan sindiran yang dibuat bekas Perdana Menteri itu ke atasnya pada Isnin.
Chef Wan yang ditabalkan sebagai Tokoh Ikon Felda mengingatkan Najib jangan sesekali lupa bahawa ketika mentadbir negara, beliau pernah diundang oleh kerajaan Barisan Nasional untuk memberikan motivasi memperkasakan peneroka Felda.
Sehubungan itu, Chef Wan berang dengan sindiran tajam Najib yang secara sinis menggambarkan beliau telah 'dirasuk syaitan' berhubung kenyataannya di akaun Instagram mengenai golongan peneroka Felda.
"Apabila saya diminta oleh kementerian sebelum ini iaitu Pembangunan dan Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Wanita untuk memberikan motivasi dan memperkasakan peneroka Felda serta di daerah-daerah lain yang bukan di bawah agensi Felda, saya telah dimaklumkan oleh pegawai-pegawai mereka bahawa terdapat banyak isu sosial yang sedang dihadapi orang-orang Melayu Felda.
"Saya nak tanya Najib jika saya ini manusia yang tak baik dan tidak berjaya di dalam kerjaya saya kenapa hantar saya untuk bantu beliau dan kementeriannya?" kata Chef Wan dalam kenyataan yang dimuatnaik menerusi akaun Instagram pada Selasa.
View this post on Instagram
Morning! How sad and stupid apa yang saya tegur di sensasi kan, di salah tafsir lalu di fitnah kan balik supaya i look so bad in the eye of the public. Siapa pulak yg nak kena minta maaf balik kepada siapa ini? Kita jika bodoh sekali mana pun jangan sombong dan sakit hati pada apa yg Allah sudah anugerah kan kepada sesaorang itu. I have always been respected in this country for what i stood for, determination and hard work. They think they can kill my spirit just like that by memutar belit cerita saya? Cakap mcm tak pergi sekolah! Banyak bezanya bila saya kata kan sebahagian orang Felda yg malas, suka kawin isteri lebih dari satu dan tidak bertanggung jawab keatas welfare and growing up of their kids as to saya kata " "Semua orang Felda" ! He should shut his mouth dan nyanyi kan lagu Kris Dayanti tu " Menghitung Hari" dari masuk campur urusan2 saya. Dah tak ada kerja lain lagi ke bersekongkong bersama matan2 dia to put me down for something i didnt say by twisting my words? If he is a smart and wise man he should have read what i have said inbetween the lines that just jumped into conclusion like the rest and start barking at me like a mad dog! Perbuatan ini hanya akan memalu kan diri mereka2 sendiri kerana nampak sangat di politic kan la pulak!
Najib pada Isnin menyindir Chef Wan telah dirasuk syaitan dan tukang masak popular itu tentu sekali akan meminta maaf susulan mengeluarkan kenyataan di akaun Instagram mengenai golongan peneroka Felda.
Chef Wan menegaskan, apa yang disuarakannya mengenai warga Felda bukan direka-reka, sebaliknya, segala maklumat diberikan oleh pegawai kementerian.
Kata Chef Wan, beliau sering diminta memberikan motivasi dalam usaha menggalakkan warga Felda muncul sebagai golongan yang berjaya sepertinya.
"Mereka kata 'Chef Wan tolong bawa semua isu ini kepada mereka yang malas, mencuri, menipu duit baja, kahwin lari, ambil dadah dan macam-macam lagi sebelum beri motivasi kepada mereka. Kongsikan semua pengalaman dan kepayahan sehingga anda berada di kedudukan sekarang.
"Menuduh saya 'jilat' Tun Mahathir dan macam-macam lagi untuk menerima anugerah padahal Tun Mahathir pun tak tahu saya akan menerima anugerah itu pun! Semua fitnah ke atas saya tak berasas," tegasnya.
Merujuk pada kenyataan Najib itu juga, Chef Wan menyifatkan Perdana Menteri keenam itu bersifat hasad dengki.
"Dia (Najib) sanggup senaraikan apa saya kata, dan 'twist' supaya orang lain percaya bahawa apa yang saya katakan itu ditujukan kepada semua warga Felda bukan segelintir sahaja.
"Selepas itu, batu-batu api ini viral kenyataan itu di media sosial supaya semua orang yang baca akan percaya bulat-bulat dengan tujuan mahu jatuhkan kredibiliti saya sebagai Ikon Felda!," kata Chef Wan lagi. BACA: "Saya mengaku silap bila dirasuk syaitan" - Chef Wan minta maaf pada Najib
Topic Berkaitan
#Chef Wan
#Chef Wan balas sindiran Najib Razak
#Felda
#Instagram
#Najib Razak
#sindiran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan