awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China gesa hormati kedaulatan, sokong peranan PBB

Astro AWANI
Astro AWANI
04/03/2026
10:54 MYT
China gesa hormati kedaulatan, sokong peranan PBB
China menegaskan, tiada negara berhak untuk menguasai hal ehwal antarabangsa atau menentukan nasib negara lain. - Gambar fail
China menggesa penghormatan terhadap kedaulatan, keselamatan dan integriti wilayah semua negara susulan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap tindakan unilateral dan penggunaan kekerasan dalam hal ehwal antarabangsa.
Jurucakap bagi sesi keempat Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14, Lou Qinjian, berkata, negara itu menekankan komitmennya untuk memainkan peranan yang bertanggungjawab sebagai sebuah negara besar, menjunjung prinsip kesaksamaan berdaulat, pematuhan pada undang-undang antarabangsa dan multilateralisme.
“Tiada negara berhak untuk menguasai hal ehwal antarabangsa atau menentukan nasib negara lain," katanya pada sidang media bagi sesi keempat NPC pada Rabu.
Beliau menjawab soalan mengenai ketegangan global baru-baru ini, termasuk tindakan ketenteraan Amerika Syarikat dan Rejim Zionis Israel terhadap Iran serta pergolakan politik di Venezuela.
Lou juga menekankan bahawa kedaulatan, keselamatan dan integriti wilayah Iran mesti dihormati.
Beliau menyeru agar operasi ketenteraan dihentikan serta-merta, pencegahan daripada keadaan menjadi lebih buruk serta penyambungan semula dialog dan rundingan untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan di Timur Tengah.
Beliau menekankan kepentingan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dengan menyatakan bahawa kuasa badan itu mesti dipelihara dan pembaharuan dalam tadbir urus global harus adil dan saksama.
China sedia bekerjasama dengan semua negara untuk menegakkan kuasa dan status PBB dengan tegas, menegakkan tujuan dan prinsip Piagam PBB, mengamalkan multilateralisme sebenar dan menyumbang kepada pembaharuan tadbir urus global," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#kedaulatan
#PBB
#AS
#Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan