awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump akan bincang kemungkinan keluar NATO dalam pertemuan dengan Rutte
‘Ratu Ketamin’ dihukum penjara 15 tahun sebabkan kematian pelakon Matthew Perry
Dron Israel ragut nyawa wartawan Al Jazeera, Mohammed Wishah di Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cip khas kesan lokasi jemaah diuji pada musim haji ini

Bernama
Bernama
04/05/2017
10:15 MYT
Cip khas kesan lokasi jemaah diuji pada musim haji ini
Pada peringkat awal, cip itu akan dipasang pada lencana pengenalan diri 480 jemaah. - Gambar fail
Teknologi cip khas yang dapat mengesan lokasi jemaah semasa menunaikan ibadat haji di Tanah Suci akan diuji penggunaannya pada musim haji tahun ini, kata Pengurus Besar Kanan Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Beliau berkata, di peringkat awal, cip itu akan dipasang pada lencana pengenalan diri 480 jemaah.
"Ini merupakan projek perintis untuk kita menguji keberkesanan penggunaannya pada tahun ini. Melalui teknologi itu, kita akan dapat mengesan mereka sekiranya berlaku kecemasan," katanya pada sidang media selepas majlis penutupan Program Sijil Pembimbing Ibadat Haji di sini, hari ini.
Majlis penutupan itu disempurnakan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Sains Islam Malaysia Prof Datuk Dr Zulkiple Abd Ghani.
Mengulas lanjut, beliau berkata pemantauan penggunaan cip itu akan dikendalikan oleh 15 kakitangan teknologi maklumat (IT) daripada Theta Edge Bhd, anak syarikat TH.
Syed Saleh berkata sejak lima tahun lalu, penggunaan teknologi telah banyak dibangunkan oleh TH, misalnya dari segi keselamatan dan pengiraan jumlah jemaah haji yang lebih tepat yang diperkenalkan tahun lepas.
Sementara itu, beliau berkata TH akan menambah jumlah petugas iaitu 630 orang berbanding 600 orang sebelum ini bagi memenuhi keperluan jemaah yang lebih ramai.
Katanya kuota haji rakyat Malaysia tahun ini ditambah kepada 30,200 orang berbanding 27,900 orang sebelumnya.
"Oleh itu, beberapa perancangan lain turut dibuat untuk berdepan peningkatan jumlah jemaah, seperti menyediakan bangunan penginapan di Makkah dan Madinah, pesawat dan pembimbing jemaah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#CIP
#Haji
#jemaah haji
#keselamatan
#rakyat Malaysia
#Tabung Haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan