awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 270 rakyat Malaysia masih terkandas di selatan Thailand

Bernama
Bernama
11/04/2020
15:03 MYT
COVID-19: 270 rakyat Malaysia masih terkandas di selatan Thailand
Dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19, bermula 23 Mac Thailand menutup semua sembilan pintu sempadannya dengan Malaysia sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan. - Foto AP
Seramai 270 rakyat Malaysia masih terkandas di selatan Thailand berikutan penutupan pintu sempadannya dengan Malaysia pada 23 Mac untuk mengekang penularan wabak COVID-19.
Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid berkata sehingga kini, seramai 433 rakyat Malaysia yang terkandas di selatan Thailand telah dibenarkan pulang ke tanah air.
"Kini, 270 orang lagi masih menunggu kelulusan daripada gabenor-gabenor di wilayah selatan.
"Pihak Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla sentiasa berunding untuk mendapatkan kebenaran membawa pulang rakyat Malaysia dalam tempoh terdekat," katanya kepada Bernama.
Difahamkan mereka yang terkandas kini menumpang di rumah saudara-mara di selatan Thailand dan ada yang menumpang di tempat mereka tinggal sebelum ini.
Dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19, bermula 23 Mac Thailand menutup semua sembilan pintu sempadannya dengan Malaysia sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan.
Di samping penutupan sembilan pintu sempadan melalui darat atau air Thailand-Malaysia, penutupan sempadan turut dilaksanakan di semua pintu sempadan Thailand dengan negara jiran lain iaitu Laos, Kemboja dan Myanmar.
Sementara itu, Muhammad Ridzuan turut menzahirkan penghargaan kepada syarikat-syarikat yang prihatin dengan menyampaikan sumbangan kepada rakyat Malaysia yang terkandas di selatan Thailand.
"Sumbangan itu kami akan sampaikan kepada mereka yang terkandas di sini," katanya.
Antara yang telah menghulur sumbangan termasuk pengeluar produk makanan, Adabi Consumer Industries Sdn Bhd (Adabi) Thailand.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#koronavirus
#rakyat
#rakyat Malaysia
#Songkhla
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan