awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 98 peratus kes positif di Wilayah Persekutuan pada Sabtu adalah kategori 1 dan 2

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
18/07/2021
03:24 MYT
COVID-19: 98 peratus kes positif di Wilayah Persekutuan pada Sabtu adalah kategori 1 dan 2
Baki dua peratus lagi adalah kes di bawah kategori tiga iaitu sebanyak 23 kes, kategori empat (14 kes) serta kategori lima (satu kes). - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 98 peratus kes positif COVID-19 yang direkodkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya pada Sabtu dikategorikan sebagai satu dan dua.
Pusat Penyelarasan Dan Pengurusan COVID-19 Wilayah Persekutuan (CCMC-WP) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, sebanyak 789 kes (44.5 peratus) melibatkan kategori satu dikesan tanpa simptom, sementara sebanyak 954 lagi (53.5 peratus) adalah kategori dua dengan simptom ringan.
Manakala baki dua peratus lagi adalah kes di bawah kategori tiga iaitu sebanyak 23 kes; kategori empat (14 kes) serta kategori lima (satu kes).
"Jumlah kes kontak rapat dan sporadik menurun sedikit berbanding Jumaat.
"Jumlah kes kontak rapat adalah 743 (42 peratus) dan jumlah kes sporadik adalah 443 (25 peratus) berbanding semalam," demikian menurut kenyataan tersebut pada Ahad.
BACA: COVID-19: 12,528 kes baharu, jumlah kematian harian tertinggi dicatatkan
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 12,528 kes positif baharu direkodkan pada Sabtu.
Daripada jumlah tersebut, Kuala Lumpur mencatatkan sebanyak 1,740 kes, manakala Putrajaya sebanyak 41 kes.
BACA: COVID-19: Daripada 12,528 kes baharu, hanya 64 kes berada pada kategori 5 - Dr Noor Hisham
Jelas CCMC-WP, daripada jumlah kes berkenaan sebanyak 65 peratus melibatkan warganegara dan 35 peratus lagi adalah bukan warganegara.
CCMC-WP menambah antara faktor yang menyebabkan peningkatan kes di Wilayah Persekutuan kerana 42 peratus kes positif merupakan jangkitan daripada kontak rapat yang kebanyakannya dalam isi rumah terutamanya di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Projek Perumahan Awam (PPA).
Selain itu, 25 peratus adalah kes sporadik, sementara 24 peratus daripada jumlah keseluruhan melibatkan tiga Kluster Tapak Bina.
"Bagi meningkatkan lagi usaha vaksinasi warga Wilayah Persekutuan, golongan warga emas dan golongan rentan atau berisiko yang masih belum menerima janji temu boleh mendapatkan vaksin secara 'walk-in' di mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di dalam Wilayah Persekutuan," kata CCMC-WP.
Topic Berkaitan
#Kuala Lumpur
#Kes positif COVID-19 Wilayah Persekutuan
#Kes kategori 1 dan 2
#kematian COVID-19
#kes harian COVID-19
#vaksinasi
#berita hari ini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan