awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: CAC cadangan yang baik namun menguruskannya lebih penting- Pakar

Astro Awani
Astro Awani
23/01/2021
03:42 MYT
COVID-19: CAC cadangan yang baik namun menguruskannya lebih penting- Pakar
Sekiranya CAC menggunakan staf kesihatan sedia ada dari klinik-klinik kesihatan berhampiran, ia akan menambah beban kepada petugas berkenaan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR :Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu menambah kakitangan dalam kadar segera terutamanya selepas lebih banyak Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) bakal dibuka selepas ini.
Presiden Persatuan Pakar Kesihatan Awam, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, meskipun banyak CAC muncul selepas ini namun jika tiada orang menguruskannya, sukar untuk melihat keberkesanannya.
Tambah beliau, penubuhan CAC merupakan cadangan yang baik namun ia juga perlu penambahbaikan agar semuanya berjalan lancar.
“Apa yang penting dalam pengurusan ini adalah aliran sistem itu dan sistem tersebut melibatkan kakitangan. Ini yang kita selalu beritahu kepada kementerian. Mesti ada penambahan kakitangan.
“Dalam keadaan sekarang, walaupun ada banyak pusat (CAC), ada pengurusan aliran sistem yang baik tapi kalau tidak cukup orang yang mengurusnya, maka ia sukar untuk menjadi,” katanya ketika bersiaran langsung dalam Buletin AWANI pada Sabtu.
COVID-19 | Pantau pesakit melalui CAC, apa perlu kita fahami?
Tambah beliau, sekiranya CAC menggunakan staf kesihatan sedia ada dari klinik-klinik kesihatan berhampiran, ia akan menambah beban kepada petugas berkenaan.
“Di klinik mereka kena pantau, di CAC pun kena pantau, jadi pengurusan menjadi tidak teratur.
“Mungkin akan ada banyak kelemahan dan akhirnya yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
“Pada kami, kementerian boleh adakan banyak pusat tetapi mesti ada penambahan kakitangan yang lebih daripada sekarang untuk uruskan sistem aliran itu,” ujarnya lagi.
COVID-19 | KKM tubuh 213 pusat penilaian COVID-19
Topic Berkaitan
#KKM
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#CAC
#barisan hadapan
#frontliner
#sistem
#Beban
#petugas
#petugas kesihatan
#pengurusan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan