awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
Malaysia perbaiki kedudukan ke-54 dalam Indeks Persepsi Rasuah 2025

COVID-19: Exco nafi Seremban dalam Zon Merah

Bernama
Bernama
22/10/2020
09:22 MYT
COVID-19: Exco nafi Seremban dalam Zon Merah
Sebanyak 15 kes direkodkan di daerah itu sejak 8 Okt hingga semalam dan Seremban diletakkan dalam Zon Kuning. - Gambar hiasan
SEREMBAN:Daerah Seremban tidak berada dalam kategori Zon Merah COVID-19, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan S. Veerapan.
Menurut beliau, sebanyak 15 kes direkodkan di daerah itu sejak 8 Okt hingga semalam dan Seremban diletakkan dalam Zon Kuning, sekali gus menafikan laporan berita yang tular di media sosial hari ini mengatakan ia dalam Zon Merah.
"Laporan berita itu sudah diterbitkan pada 30 Mac lepas, namun ditularkan semula oleh pihak tidak bertanggungjawab. Isu berkenaan adalah palsu dan tidak tepat.
"Selain menimbulkan kegelisahan dan panik kepada orang awam, ia juga boleh menjejaskan ekonomi setempat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Laporan kononnya Seremban dalam kategori Zon Merah ditular oleh pihak tidak bertanggungjawab susulan berlaku peningkatan kes baharu positif COVID-19 di Negeri Sembilan.
Dalam pada itu, Veerapan meminta orang ramai agar berwaspada dengan maklumat yang diterima serta berkongsi dengan orang lain kerana mereka boleh dikenakan tindakan tegas jika didapati menyebarkan maklumat palsu.
Sehingga semalam, Negeri Sembilan merekodkan sembilan kes baharu positif COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,119 kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Daerah Seremban tidak berada dalam kategori Zon Merah
#Seremban Zon Kuning
#berita tular
#COVID-19
#berita palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.