awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi sahkan pemulihan kapasiti talian paip utama
Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh ketika pakai kasut di depan surau sekolah
Polis sudah kenal pasti remaja baling batu dari tingkat 13 PPR
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Jangkitan harian kembali meningkat dengan 32,467 kes baharu

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
04/03/2022
02:50 MYT
COVID-19: Jangkitan harian kembali meningkat dengan 32,467 kes baharu
Daripada keseluruhan 32,467 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan semalam, 32,054 adalah kes tempatan manakala 413 kes import. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Kes harian COVID-19 di Malaysia kembali mencatat peningkatan selepas 32,467 kes baharu dilaporkan pada 3 Mac.
Daripada jumlah itu, 32,236 kes adalah dalam kategori 1 dan 2, sementara bakinya, 231 kes atau 0.71 peratus, merupakan pesakit kategori 3, 4 dan 5.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 32,054 kes melibatkan jangkitan tempatan manakala 413 kes import.
Sebanyak 355 individu dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan 208 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 27,629.
Semalam juga, 11 lagi kluster baharu direkodkan, dengan 466 kluster masih aktif.
Sementara itu, nilai kadar kebolehjangkitan (R-naught atau R0) COVID-19 di seluruh negara ketika ini adalah 1.01, dengan Sarawak mencatatkan bacaan tertinggi pada 1.43.
Ia diikuti Perak dengan R0 1.29 dan Terengganu R0 1.19.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#ICU
#R-Naught
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan