awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kadar kebolehjangkitan kekal 0.95 untuk tiga hari berturut-turut

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
02/12/2021
01:50 MYT
COVID-19: Kadar kebolehjangkitan kekal 0.95 untuk tiga hari berturut-turut
Kadar kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia mencatatkan trend mendatar untuk tiga hari berturut-turut - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia mencatatkan trend mendatar untuk tiga hari berturut-turut.
Pada Rabu, angka itu kekal pada paras 0.95 sejak Isnin lalu.
Berdasarkan perkongsian data oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di laman Twitter miliknya, sebanyak 11 negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.
Antaranya Perlis, Labuan, Pulau Pinang, Melaka, Kuala Lumpur, Kedah, Selangor.
Ini termasuk Johor, Pahang , Perak, dan Putrajaya.
Sabah dan Kelantan masing-masing catat 0.95.
Negeri yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan di bawah purata kebangsaan pula adalah Terengganu, Negeri Sembilan dan Sarawak.
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 1 hb Dec 2021 untuk seluruh negara adalah 0.95. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran pic.twitter.com/14yk6CiUHv
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) December 2, 2021
Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.
Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kadar kebolehjangkitan
#R-Naught
#Dr Noor Hisham Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan