awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu bas, kekasih atas riba ke penjara, mengaku salah pandu bahaya
Pelaburan Google dalam SpaceX boleh cecah AS$100 bilion menjelang IPO
Inflasi Malaysia meningkat kepada 1.7 peratus pada Mac 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: KKM bincang keperluan ujian saringan terhadap penumpang transit - KP Kesihatan

Bernama
Bernama
27/07/2020
11:37 MYT
COVID-19: KKM bincang keperluan ujian saringan terhadap penumpang transit - KP Kesihatan
Kos bagi ujian saringan itu mesti ditanggung penumpang itu sendiri. Gambar fail
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan berbincang dengan syarikat-syarikat penerbangan mengenai pelaksanaan ujian saringan COVID-19 bagi penumpang yang transit di Malaysia sebelum ke negara destinasi masing-masing.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kos bagi ujian saringan itu mesti ditanggung penumpang itu sendiri.
"Keperluan ini bukan sahaja melibatkan KKM, ia juga melibatkan syarikat penerbangan. Jadi polisi syarikat penerbangan contohnya, menetapkan mereka (penumpang) perlu jalani saringan COVID-19 sebelum menaiki pesawat.
"Kalau kita melaksanakan, pasti kita boleh cegah kes positif di kalangan mereka yang menaiki pesawat. Kita kena bincang dengan syarikat-syarikat penerbangan untuk lihat bagaimana kita dapat laksanakan. Tetapi, ujian itu perlu dibiayai oleh penumpang, bukan kerajaan Malaysia," katanya dalam sidang media perkembangan terkini COVID-19 hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan mengenai larangan sementara oleh kerajaan Kemboja terhadap semua penerbangan dari Malaysia dan Indonesia bagi mengekang penularan COVID-19 berkuat kuasa 1 Ogos ini.
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Indonesia
#kerajaan
#KKM
#pesawat
#transit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan