awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kluster Batu 8 Tambunan berpunca daripada aktiviti sosial

Bernama
Bernama
02/01/2021
15:05 MYT
COVID-19: Kluster Batu 8 Tambunan berpunca daripada aktiviti sosial
Masidi berkata jumlah kumulatif kes positif bagi kluster itu adalah sebanyak 52 kes. - Bernama
KOTA KINABALU:Satu kluster baharu COVID-19 yang dilaporkan di Sabah hari ini dikenali sebagai Kluster Batu 8, Tambunan dikesan berpunca daripada aktiviti sosial iaitu menuai padi dan sambutan Krismas.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata jumlah kumulatif kes positif bagi kluster itu adalah sebanyak 52 kes.
"Kluster ini turut mencatatkan kes di dua daerah lain iaitu Ranau (tiga kes) dan Kota Belud (dua kes)," menurutnya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Sementara itu, beliau berkata berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 di Sabah pada hari ini adalah 259 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 37,553 kes.
"Satu kes kematian dicatatkan di Sandakan. Seramai 281 pesakit COVID-19 telah sembuh menjadikan jumlah kumulatif sembuh 35,154 orang.
"Sejumlah 1,720 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 621 orang di hospital dan 1,099 orang di PKRC (Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah COVID-19).
"Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU pula adalah 55 orang dan 14 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan," kata Masidi yang juga jurucakap rasmi COVID-19 kerajaan negeri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes positif
#Sabah
#kesihatan
#Masidi Manjun
#Kluster Batu 8
#Tambunan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan