awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kluster Hyde Park diisytihar tamat - KP Kesihatan

Bernama
Bernama
18/08/2020
15:51 MYT
COVID-19: Kluster Hyde Park diisytihar tamat - KP Kesihatan
Dr Noor Hisham berkata kluster itu dikenal pasti susulan saringan COVID-19, yang dijalani oleh kru kapal itu sebelum pulang ke negara asal.
Satu lagi kluster COVID-19 iaitu Kluster Hyde Park di Klang, Selangor, diisytiharkan tamat hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam catatan di Twitternya berkata, kluster berkenaan melibatkan kluster kes import terpencil, di atas sebuah kapal.
"Kluster ini melaporkan empat kes positif COVID-19, yang kesemuanya bukan warganegara Malaysia, namun tiada sebarang kematian dilaporkan.
"Terkini termasuk kluster ini, sebanyak 79 kluster telah ditamatkan," katanya.
Pada 22 Julai lepas, beliau dilaporkan berkata Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan Kluster itu di atas sebuah kapal di Pelabuhan Klang, melibatkan seorang anak kapal warga Rusia (kes ke-8,769) yang mempunyai sejarah perjalanan ke negara Mesir dan India.
Katanya, kluster itu dikenal pasti susulan saringan COVID-19, yang dijalani oleh kru kapal itu sebelum pulang ke negara asal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Hyde Park
#Kementerian Kesihatan
#kes positif
#KKM
#Malaysia
#Rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan