awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kluster Maju diisytihar kluster baharu - Dr Noor Hisham

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
21/08/2020
09:44 MYT
COVID-19: Kluster Maju diisytihar kluster baharu - Dr Noor Hisham
Menurut Dr Noor Hisham, terdapat sebuah kluster baharu iaitu Kluster Maju yang dikesan di sebuah restoran di Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat sebuah kluster baharu iaitu Kluster Maju yang dikesan di sebuah restoran di Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dua kes pertama kluster tersebut melibatkan kes 9,176 dan kes 9,177 yang dilaporkan pada 16 Ogos lalu.
Menurut beliau, kedua-dua mangsa merupakan pekerja di restoran tersebut yang dikesan hasil saringan rawak ke atas pekerja restoran dan kedai makan yang telah dijalankan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.
Susulan itu, Dr Noor Hisham berkata, saringan kontak rapat dijalankan dan pelanggan restoran yang positf virus berkenaan telah dikesan.
"Pesakit mengalami gejala sakit tekak dan sakit kepala sejak 17 Ogos 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
"Setakat ini, seramai 672 orang telah disaring, termasuk 16 pekerja dan 656 orang pelanggan. Daripada jumlah itu tiga kes dikesan positif COVID-19; dan 669 individu negatif," kata beliau dalam kenyataan yang diedarkan pada Jumaat.
Dr Noor Hisham turut memaklumkan, aktiviti pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat sedang diteruskan.
Dalam masa sama, langkah-langkah pencegahan dan kawalan jangkitan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar juga telah dijalankan di kedai makan tersebut.
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#koronavirus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan