awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kluster Sentosa Sarawak catat pertambahan lapan kes baharu

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
24/07/2020
12:20 MYT
COVID-19: Kluster Sentosa Sarawak catat pertambahan lapan kes baharu
Datuk Amar Douglas Uggah Embas selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak turut memaklumkan tindakan segera diambil pihaknya bagi mengesan kontak rapat Kluster Sentosa bermula Sabtu. -Gambar Arkib
Kluster Sentosa menyaksikan peningkatan lapan kes positif COVID-19 hari ini melibatkan petugas fasiliti kesihatan.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, daripada jumlah berkenaan, Sarawak secara keseluruhannya merekodkan sembilan kes positif baharu, menjadikan jumlah kumulatif setakat ini 641 kes.
"Lapan kes yang dilaporkan hari ini melibatkan kontak dari kluster yang masih aktif iaitu Kluster Sentosa. Menerusi saringan aktif yang dijalankan kepada kontak rapat kluster berkenaan, kesemua mereka yang didapati positif adalah petugas fasiliti kesihatan terbabit.
"Setakat Jumaat, seramai 643 individu telah disaring. Kesemua yang diisytiharkan positif telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk menerima rawatan lanjut dan menjalani kuarantin selama 14 hari," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media perkembangan COVID-19 Sarawak pada Jumaat.
Melihat kepada peningkatan bagi kluster terbabit, Uggah menegaskan pihak JPBN akan memperluaskan usaha bagi mengesan kontak rapat di kawasan Kota Sentosa.
"Kita telah berbincang dengan panjang lebar tadi dan memutuskan kita akan melakukan operasi pengesanan kontak di Kota Sentosa secara rawak.
"Bermula esok, kita akan melakukan pengesanan di kawasan berhampiran Hospital Kota Sentosa bagi memutuskan rantaian COVID-19," katanya.
Sementara itu, Uggah turut menjelaskan sembilan kes positif baharu COVID-19 yang masing-masing lapan daripada kluster Sentosa manakala satu melibatkan pelajar perempuan yang pulang dari Perth, Australia pada 20 Julai lalu ke Kuching melalui Kuala Lumpur.
Jelas beliau, bagi kes pelajar perempuan itu, dia telah dibawa ke pusat kuarantin di sebuah hotel di Kuching.
Dalam perkembangan sama, tiada kes baharu yang dilapor sembuh dan discaj dari hospital.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#AWANI Sarawak
#COVID-19
#Datuk Amar Douglas Uggah Embas
#Hospital Sentosa
#JPBNS
#kluster Sentosa
#Kota Sentosa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan