awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Muhyiddin tinjau kesiapsiagaan fasiliti PPV di Institut Kanser Negara

Isabelle Leong
Isabelle Leong
22/02/2021
11:03 MYT
COVID-19: Muhyiddin tinjau kesiapsiagaan fasiliti PPV di Institut Kanser Negara
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan lawatan ke Institut Kanser Negara bagi meninjau kesiapsiagaan bagi pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. - Gambar Astro AWANI
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan lawatan ke Institut Kanser Negara (IKN) pada petang Isnin bagi meninjau kesiapsiagaan fasiliti tersebut bagi pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan fasa pertama yang akan bermula pada 24 Februari ini.
Muhyiddin tiba sekitar pukul 6.10 petang dan diberi taklimat oleh Pengarah IKN, Dr Mohd Anis Harun di Pusat Simpanan Vaksin (PSV).
Susulan itu, Muhyiddin dibawa ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan dibawa melawat beberapa kemudahan di situ.
Beliau diiringi Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah.
Datuk Seri Dr Adham Baba menunjukkan penggunaan picagari ‘low dead volume’ kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Institut Kanser Negara pada petang Isnin. -  Gambar Astro AWANI
Datuk Seri Dr Adham Baba menunjukkan penggunaan picagari ‘low dead volume’ kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Institut Kanser Negara pada petang Isnin. - Gambar Astro AWANI
Untuk rekod, secara keseluruhannya terdapat 54 lokasi PSV dan 605 lokasi PPV di seluruh negara.
IKN merupakan satu daripada 54 PSV dan berperanan membekalkan vaksin secara berjadual kepada empat buah PPV di Putrajaya yang telah dikenal pasti.
Vaksin yang diterima IKN adalah untuk kegunaan dalam fasa pertama pelaksanaan program imunisasi ini termasuklah anggota kesihatan dan bukan kesihatan yang melibatkan seramai 7,020 orang.
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan dilaksanakan dalam tiga fasa yang dimulakan dengan Kumpulan Barisan Hadapan dan diikuti dengan Kumpulan Berisiko Tinggi serta penduduk Malaysia berusia 18 tahun ke atas.
Pendekatan kerajaan adalah bagi memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk dewasa Malaysia menerima vaksin menjelang Februari 2022 bagi mengurangkan penularan virus COVID-19.
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#Muhyiddin Yassin
#Institut Kanser Negara
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#Khairy Jamaluddin
#Adham Baba
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Pusat Simpanan Vaksin
#Pusat Pemberian Vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan