awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Peningkatan kes jangkitan di sekolah harus dipandang serius - Fahmi Fadzil

Sinar Harian
Sinar Harian
23/04/2021
02:06 MYT
COVID-19: Peningkatan kes jangkitan di sekolah harus dipandang serius - Fahmi Fadzil
Kes peningkatan COVID-19 yang semakin meningkat di beberapa buah sekolah menimbulkan keresahan pada pelajar, guru mahupun ibu bapa. -Gambar fail
SHAH ALAM: Kes COVID-19 di sekolah yang semakin meningkat di beberapa buah negeri harus dipandang serius menurut Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil.
“Perkara ini perlu diambil serius bukan hanya daripada jumlah jangkitan malah cara Kementerian Pendidikan yang tidak konsisten dari segi penyampaian maklumat kepada rakyat.
“Berapa banyak sekolah yang benar-benar tahu Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu mereka lakukan?
"Ramai yang masih keliru dan ini bukan salah pendidik, namun salah pihak berkenaan yang tidak mampu menggalas tanggungjawab itu,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Beliau turut berpandangan jika sekolah ditutup, pelajar akan mengalami kekangan lain seperti sistem pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).
“Masalah besar yang dihadapi pelajar jika tutup sekolah ialah PdPR dan kesukaran mendapat akses internet bagi penduduk pedalaman.
“Jadi apa rancangan kerajaan pada mereka yang banyak ketinggalan pembelajaran akibat akses internet yang tergendala?” katanya.
Terdahulu, sebanyak 19 sekolah di Selangor diarahkan tutup bermula pada Isnin hadapan ekoran kemunculan kluster pandemik COVID-19.
Dalam pada itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon turut memberi kenyataan bahawa sekolah yang disahkan mempunyai satu kes COVID-19 akan ditutup sekurang-kurangnya dua hari.
Turut menyokong ulasan tersebut, bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Rohaizat Yon yang berkata penilaian risiko yang menyeluruh oleh pihak kerajaan memainkan peranan penting bagi membendung peningkatan kes COVID-19 di sekolah.
“Kementerian Pendidikan kena meneliti semula penilaian risiko yang dibuat di sekolah dan melihat secara menyeluruh bagaimana penularan itu berlaku.
“Mereka harus lihat lokaliti tempat yang positif, membuat risiko yang paling teliti dan mengambil tindakan terbaik.
"Jika semua pihak memainkan peranan dan ikut SOP, peningkatan kes di sekolah boleh dikawal,” katanya.
Berita asal: Kluster Pendidikan harus dipandang serius
Topic Berkaitan
#PKR
#kluster sekolah
#Fahmi Fadzil
#COVID-19
#pandemik
#pengajaran dan pembelajaran
#Kementerian Pendidikan
#Kluster Pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan