awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Peratusan vaksinasi Malaysia lepasi negara jiran - Khairy

Bernama
Bernama
03/06/2021
08:32 MYT
COVID-19: Peratusan vaksinasi Malaysia lepasi negara jiran - Khairy
Khairy berkata, pihaknya menyasarkan untuk memberikan 150,000 dos suntikan setiap hari bulan ini dan ditingkatkan kepada 200,000 suntikan menjelang bulan depan. - Gambar fail/ Bernama
GEORGE TOWN: Setakat semalam, kadar peratusan rakyat Malaysia yang telah menjalani pemvaksinan sekurang-kurangnya satu dos, telah melepasi Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.
"Walaupun ini bukan satu perlumbaan, adalah baik untuk kita sentiasa menanda aras dengan negara-negara lain. Manakala dari segi kadar suntikan harian, saya telah minta supaya ia sentiasa ditingkatkan dari hari ke hari.
"Semalam, kita telah merekodkan 105,655 suntikan dengan kebanyakannya merupakan suntikan dos pertama," katanya dalam sidang media bersama Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) SPICE, The SPICE Arena di sini hari ini.
Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata pihaknya menyasarkan untuk memberikan 150,000 dos suntikan setiap hari bulan ini dan ditingkatkan kepada 200,000 suntikan menjelang bulan depan.
Beliau berkata usaha itu akan dibantu dengan penubuhan lebih banyak PPV termasuk 1,000 klinik swasta di seluruh negara dan melalui sistem pandu lalu.
Mengulas mengenai lawatan beliau, Khairy berkata PPV SPICE akan beroperasi sebagai PPV AstraZeneca bermula 7 Jun dengan sebanyak 133,000 dos telah disediakan untuk pusingan pertama di negeri itu.
"Kita akan mula dengan kapasiti 1,000 suntikan sehari dan akan ditingkatkan kepada 3,000 sehari pada hari bekerja dan 2,000 pada hujung minggu.
"Kerajaan juga sedang meneliti cadangan untuk membina PPV di kawasan industri Bayan Lepas dan Batu Kawan supaya pekerja yang terpaksa bekerja sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dapat diberikan suntikan vaksin," katanya.
Sementara itu, Chow berkata Pulau Pinang perlu memberikan 9,000 hingga 10,000 suntikan vaksin setiap hari bagi mencapai matlamat imuniti kelompok menjelang Oktober ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#peratusan vaksinasi
#negara jiran
#Indonesia
#Thailand
#Filipina
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan