awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: PKPD di Felda Triang 3, Bera bermula 18 Feb hingga 3 Mac

Astro Awani
Astro Awani
17/02/2021
10:31 MYT
COVID-19: PKPD di Felda Triang 3, Bera bermula 18 Feb hingga 3 Mac
Ismail Sabri menjelaskan KKM mengesahkan sebanyak sembilan kes positif telah dilaporkan dan sehingga 16 Febuari, seramai 79 kontak rapat telah dikenal pasti tinggal di lokaliti ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Triang 3, Bera, Pahang bermula 18 Februari hingga 3 Mac ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKPD di lokaliti tersebut berikutan Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan terdapat peningkatan kes COVID-19.
Ismail Sabri menjelaskan KKM mengesahkan sebanyak sembilan kes positif telah dilaporkan dan sehingga 16 Februari, seramai 79 kontak rapat telah dikenal pasti tinggal di lokaliti ini.
"Pelaksanaan PKPD ini akan melibatkan Perumahan Kelapa Sawit dan Taman Lamanda Permai di Felda Triang 3 yang merangkumi 1,356 orang penduduk.
"KKM akan melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penduduk yang terlibat untuk memastikan tiada penularan jangkitan dalam komuniti," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Dalam kenyataan itu juga Ismail Sabri memaklumkan seramai 594 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 569 dikompaun manakala 25 lagi individu direman.
Beliau menjelaskan, Operasi Benteng (Op Benteng) yang dijalankan pada 16 Feb telah menangkap lima orang Pendatang Tanpa Izin (PATI) dan merampas tiga buah kenderaan darat.
"Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut mengesan tiga buah bot/kapal di perairan negara dan sebuah kenderaan darat melalui dua aktiviti penglihatan," katanya lagi.
Sebanyak 539 Sekatan Jalan Raya (SJR) dijalankan pada 16 Feb.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#ismail sabri yaakob
#PKP
#perintah kawalan pergerakan diperketat
#PKPD
#Felda Triang 3
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan