awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: PKPD Sentul mula dikuat kuasa hari ini

Astro Awani
Astro Awani
22/05/2021
23:35 MYT
COVID-19: PKPD Sentul mula dikuat kuasa hari ini
Beberapa laluan utama dan 'lorong tikus' Kampung Batu Muda Tambahan dipasang kawat duri susulan pelaksanaan PKPD di kawasan itu yang berkuat kuasa hari ini. -Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Beberapa laluan utama dan 'lorong tikus' Kampung Batu Muda Tambahan dipasang kawat duri susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di kawasan itu yang berkuat kuasa hari ini.
Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh Eng Lai berkata semua jalan utama bagi tujuan keluar masuk di kawasan berkenaan ditutup sepenuhnya sepanjang pelaksanaan PKPD.
"Sesiapa yang ingin keluar untuk berurusan di luar yang ada pengecualian tertentu, seperti untuk urusan kecemasan atau kematian dan juga rawatan kesihatan, tapi dengan syarat mesti mendapat kebenaran daripada polis.
"Kelonggaran diberi untuk membeli makanan dan keperluan asas di premis perniagaan berhampiran sahaja," kata Beh Eng Lai.
Kawalan ketat di kawasan yang melibatkan kira-kira 800 penduduk itu turut mendapat kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Tinjauan Astro AWANI mendapati terdapat beberapa khemah bagi menempatkan ujian saringan COVID-19 didirikan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak malam tadi.
Semalam, KKM melaporkan sejumlah 106 kes positif COVID-19 direkodkan di Kampung Batu Muda Tambahan hasil daripada 300 ujian saringan yang dilakukan.
Baki saringan COVID-19 akan dijalankan bermula Isnin depan.
PKPD di Kampung Batu Muda Tambahan dilaksana hingga 5 Jun ini susulan penilaian risiko pelbagai agensi dalam jawatankuasa teknikal PKP dengan nasihat KKM.
Pelaksanaan PKPD membolehkan KKM menjalankan pengesanan awal kes supaya diasingkan secepat mungkin serta memastikan semua penduduk berisiko dijangkiti COVID-19 kekal berada dalam kawasan tersebut dan tidak menjangkiti komuniti di luar.
Topic Berkaitan
#PKPD
#Kampung Batu Muda Tambahan
#lorong tikus
#ujian saringan
#Majlis Keselamatan Negara
#COVID-19
#kes positif
#KKM
#Beh Eng Lai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan