awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Sabah kesan lima lagi kluster baharu

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
08/06/2021
14:06 MYT
COVID-19: Sabah kesan lima lagi kluster baharu
Sabah hari ini mengesan lima lagi kluster baharu, di mana tiga daripadanya melibatkan jangkitan di tempat kerja dan selebihnya adalah jangkitan komuniti. - Gambar hiasan/BERNAMA
KOTA KINABALU: Sabah hari ini mengesan lima lagi kluster baharu, di mana tiga daripadanya melibatkan jangkitan di tempat kerja dan selebihnya adalah jangkitan komuniti.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata sebanyak 350 kes telah dicatatkan pada hari ini, dengan satu kes kematian direkodkan dari daerah Tawau.
"Kluster Ocean Blue, Kota Kinabalu merupakan kluster jenis tempat kerja melibatkan kru kapal di Kota Kinabalu.
"Kluster ini dikesan semasa saringan prosedur terhadap 185 kru kapal yang baru tiba dari Perak pada 6 Jun.
"Kes indeks adalah kru kapal, lelaki, 29, mula bergejala pada 3 Jun kemudian didapati positif sejurus tiba di pangkalan dan telah dimasukkan ke PKRC untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan.
Tambah beliau, keputusan saringan 98 lagi kru kapal didapati positif COVID-19 pada 7 Jun, manakala 86 kru masih menunggu keputusan.
BACA: 98 kru KD Mahawangsa dijangkiti COVID-19 sebelum belayar - Ismail Sabri
"Siasatan awal, semua kru disahkan negatif dalam saringan pada 28 Mei di Perak sebelum memulakan pelayaran ke Sabah pada 1 Jun," katanya sambil menambah punca jangkitan masih dalam siasatan.
Sementara itu, Kluster Kg Bundu, Kuala Penyu telah mencatatkan jumlah kumulatif sebanyak 39 kes dan melibatkan penularan di beberapa lokaliti iaitu Kg Bundu Batu 4, Kg Bundu Batu 3, Kg Tenambak, Kg Sg Labuan, Pekan Kuala Penyu dan Kg Kitang.
Manakala, Kluster Tanjung Aru Baru melibatkan komuniti di Kg Tanjung Aru Baru telah mencatatkan jumlah kumulatif sebanyak 30 kes.
Masidi yang juga merupakan jurucakap COVID-19 negeri ini berkata dua lagi kluster yang dikesan melibatkan pekerja di pelantar minyak, yang dikenali sebagai Kluster Segera dan Kluster Coral, masing-masing dengan jumlah kumulatif 11 kes dan sembilan kes.
Topic Berkaitan
#Sabah
#Kluster baharu
#Kota Kinabalu
#COVID-19
#Kluster tempat kerja
#Masidi Manjun
#Kluster Ocean Blue
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan