awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Sarawak benarkan berbuka puasa di hotel, restoran dan dewan

Bernama
Bernama
10/04/2021
23:02 MYT
COVID-19: Sarawak benarkan berbuka puasa di hotel, restoran dan dewan
Semasa majlis berbuka puasa, pelanggan tidak dibenarkan menunggu dalam barisan dan hanya boleh membuat pesanan melalui menu atau makan makanan yang dihidang di meja masing-masing. - Gambar hiasan
KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak membenarkan majlis berbuka puasa diadakan di hotel, restoran dan dewan sempena Ramadan kali ini dengan syarat-syarat tertentu.
JPBN dalam satu kenyataan semalam memaklumkan pengusaha hotel, restoran dan dewan yang ingin mengadakan perkhidmatan berbuka puasa wajib memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian masing-masing sebelum dibenarkan untuk beroperasi.
"Tiada tempahan berbuka berkumpulan daripada agensi kerajaan dan swasta dibenarkan. Hanya kumpulan individu serta ahli keluarga terdekat sahaja dibenarkan dengan melakukan tempahan awal manakala 'walk-in' tidak dibenarkan," menurut JPBN.
Menurut JPBN semasa majlis berbuka puasa berlangsung, pelanggan juga tidak dibenarkan menunggu dalam barisan dan hanya boleh membuat pesanan melalui menu atau makan makanan yang dihidang di meja masing-masing.
"Bilangan pelanggan hanya 50 peratus daripada kapasiti restoran atau maksimum 300 orang untuk dewan atau hotel. Garis panduan terperinci boleh didapati di laman web Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak (https://mlgh.sarawak.gov.my)," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, semalam terdapat 296 kes baharu jangkitan COVID-19 dikesan di Sarawak dengan empat kematian baharu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPBN
#Sarawak
#buka puasa
#majlis berbuka puasa
#hotel
#restoran
#dewan
#Ramadan
#agensi kerajaan
#tempahan
#pelanggan
#tempahan awal
#walk-in
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan