awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Satu lagi kluster baharu babit tempat kerja dikesan

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
27/12/2020
10:36 MYT
COVID-19: Satu lagi kluster baharu babit tempat kerja dikesan
Dr Noor Hisham berkata, kluster baharu itu ialah Kluster Jalan Sedco melibatkan kawasan tempat kerja di daerah Tawau dan Kalabakan, Sabah. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu kluster baharu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kluster sebanyak 484 kluster.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster baharu itu ialah Kluster Jalan Sedco melibatkan tempat kerja di daerah Tawau dan Kalabakan, Sabah.
"Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-92,107) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 20 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala.
"Sehingga 27 Disember 2020, sejumlah 26 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 271 kluster ini termasuk tiga kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Kerengge, Kluster Alila dan Kluster Gemilang.
"Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 213 kluster.
"Daripada jumlah tersebut, sebanyak 45 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini.
"Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tampoi Jaya (78 kes), Kluster Tapak Bina Jalan Stadium (63 kes), dan Kluster Beringin (30 kes)," jelasnya.
BACA: COVID-19: 1,196 jangkitan, Selangor rekod 392 kes baharu
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kementerian Kesihatan
#Tawau
#KKM
#COVID-19
#Kluster baharu
#Kluster Jalan Sedco
#Sabah
#Kalabakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan