awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Tiada tambahan zon merah, kekal 10 daerah

Najmi Syahiran Mamat
Najmi Syahiran Mamat
07/05/2020
07:53 MYT
COVID-19: Tiada tambahan zon merah, kekal 10 daerah
Ibu Kota, Kuala Lumpur merekodkan 155 kes aktif COVID-19. - Gambar BERNAMA
Zon merah COVID-19 di seluruh negara kekal 10 daerah sehingga Khamis dengan Kuala Lumpur merekodkan jumlah kes tertinggi positif COVID-19.
Berdasarkan infografik Pusat Kesiapsiagaan Dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikongsikan melalui media sosial rasmi KKM, daerah berkenaan merekodkan 155 kes.
Dalam pada itu, di Kuala Lumpur sahaja, zon merah membabitkan daerah Batu dengan 91 kes, Kampung Baru (67) dan Sri Petaling (45).
Jumlah pecahan kes mengikut negeri dan daerah sehingga jam 12 tengah hari, 6 Mei 2020. 10 daerah masih kekal mempunyai kes melebihi 41 kes dan ke atas iaitu melibatkan daerah di negeri Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Sarawak.#covid19malaysia#KitaMestiMenang pic.twitter.com/yE9rCldRpx
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) May 7, 2020
Selain Kuala Lumpur, daerah Zon Merah dengan kes aktif lebih 40 pula ialah Petaling, Selangor (48), Hulu Langat (45) dan Gombak (86); di Kluang, Johor (58); di Sarawak ialah Kuching (97) dan Kota Samarahan (44).
Sementara itu, enam negeri iaitu Perak, Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Kelantan dan Putrajaya menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila kekal mencatatkan sifar atau tiada kes aktif, setakat 12 tengah hari semalam.
Ini termasuk 80 daerah yang diletakkan di bawah kategori zon kuning dan 111 daerah zon hijau.
Topic Berkaitan
#CPRC
#Ibu Kota
#infografik
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#Kluang
#koronavirus
#Kuala Lumpur
#Kuching
#Perlis
#zon hijau
#zon merah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan