awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Tiga kematian, kes positif di Sarawak kekal tiga angka

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
26/01/2021
10:25 MYT
COVID-19: Tiga kematian, kes positif di Sarawak kekal tiga angka
Sarawak hari ini melaporkan pertambahan 205 kes positif dan Sibu terus kekal mencatat kes harian tertinggi dengan 51 kes. Foto:Astro AWANI
KUCHING:Sarawak melaporkan pertambahan tiga kes kematian akibat COVID-19 menjadikan jumlah kes kematian di negeri itu meningkat kepada 33 kes.
Menerusi sidang media Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, ketiga-tiga kes dilaporkan di Hospital Sibu.
Menurut Pengerusinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, dengan pertambahan ini, jumlah kematian di Sarawak kini bersamaan dengan 0.89 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif di negeri itu.
“Kes kematian ke-31 melibatkan kes-3,460 berusia 59 tahun yang dimasukkan ke hospital pada 22 Januari 2021 selepas mengalami simptom.
“Dia dilaporkan meninggal dunia pada 24 Januari 2021 dan turut mempunyai komorbid seperti darah tinggi dan fibrilasi atrium (AF).
“Bagi kes kematian ke-32 merupakan kes 3,461. Kes berusia 76 tahun dan dimasukkan ke hospital pada 22 Januari 2021 dan meninggal dunia pada 25 Januari 2021,” kata Uggah.
Manakala bagi kes kematian ke-33 melibatkan kes 3,659 berusia 91 tahun yang dimasukkan ke hospital pada 24 Januari 2021 dan meninggal dunia pada 25 Januari 2021.
Selain itu, Sarawak hari ini melaporkan pertambahan 205 kes positif dan Sibu terus kekal melaporkan kes harian tertinggi dengan 51 kes.
“Kluster Pasai mencatat pertambahan 108 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes kluster ini meningkat kepada 1,582 kes.
“Setakat ini sejumlah 16,550 individu disaring dengan 13,680 disahkan negatif manakala 1,288 masih menunggu keputusan ujian makmal,” tambah Uggah.
Topic Berkaitan
#COVID-19 di Sarawak
#kes kematian di Sarawak
#kluster aktif di Sarawak
#Kluster Pasai di Sibu
#JPBN Sarawak
#kes positif COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan