awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Vaksin Pfizer untuk kanak-kanak mungkin babit pengurangan sukatan dos - Khairy

Fareez Azman
Fareez Azman
01/09/2021
12:22 MYT
COVID-19: Vaksin Pfizer untuk kanak-kanak mungkin babit pengurangan sukatan dos - Khairy
Pfizer berkemungkinan akan mengeluarkan vaksin spesifik untuk kanak-kanak dengan sukatan dos berbeza berbanding orang dewasa. - Gambar hiasan/ Bernama
PUTRAJAYA: Kerajaan sedang menunggu data klinikal lengkap berhubung vaksin terhadap kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah terutama keluaran Pfizer, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Khairy berkata, beliau telah mengadakan perbincangan dengan syarikat terbabit baru-baru ini dan mendapat maklumat awal mengenai perkembangan kajian vaksin untuk golongan berkenaan.
"Mengenai vaksinasi bagi kanak-kanak berusia 12 tahun (ke bawah), apabila ada data yang mencukupi dan dipastikan ia selamat baru kita akan membawanya kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).
"Dalam perbincangan saya dengan Pfizer, mereka kemungkinan akan keluarkan vaksin spesifik untuk kanak-kanak, iaitu sukatan dos berbeza berbanding dos dewasa," katanya.
Beliau berkata demikian pada Sidang Media Khas Kementerian Kesihatan (KKM) di sini, pada Rabu.
Dalam perkembangan berkaitan, Khairy turut memaklumkan kerajaan akan mengumumkan harga siling bagi kit ujian kendiri Rapid Test Kit (RTK) dalam masa terdekat.
Jelasnya, beliau telah berbincang dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berhubung perkara itu.
"Ada berita baik, saya akan minta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) umum dalam masa terdekat.
"Kita akan tetapkan harga siling kit ujian kendiri RTK dan Datuk Seri Alexander akan maklumkan dalam masa terdekat," katanya.
Sebelum ini, Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan kawalan harga terhadap kit ujian RT PCR dan RTK Antigen yang dijual melalui sektor swasta.
Ia melibatkan harga ujian yang dicadangkan RM150 bagi RT-PCR dan RM60 untuk RTK Antigen bagi mereka yang memilih melakukan saringan di fasiliti kerajaan.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#vaksin kanak-kanak
#Pfizer-BioNTech
#dewasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan