awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CPI: Isu 1MDB, dana RM2.6 bil faktor prestasi merosot - Akhbar Satar

Israr Khalid
Israr Khalid
27/01/2016
11:04 MYT
CPI: Isu 1MDB, dana RM2.6 bil faktor prestasi merosot -  Akhbar Satar
Presiden TI Malaysia, Datuk Akhbar Satar (tengah) selepas majlis pengumuman dapatan CPI 2015 di Kelab Diraja Selangor, Bukit Kiara hari ini. - Foto Astro AWANI/Israr Khalid
Malaysia menduduki tangga ke-54 daripada 168 negara yang dinilai berdasarkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) oleh Transparency International (TI) bagi tahun 2015, menyaksikan penurunan empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.
Menurut Presiden TI Malaysia, Datuk Akhbar Satar, isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana RM2.6 bilion menjadi faktor utama kepada kemerosoton prestasi itu.
"Selain itu, beberapa insiden seperti pertukaran pegawai dan kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mana pejabat dan rumah mereka digeledah turut menyumbang kepada penilaian ini.
"Ketidak seriusan Kerajaan dalam mencegah rasuah di semua peringkat menjadikan dapatan pada 2015 yang terburuk dalam masa 10 tahun," katanya selepas majlis pengumuman dapatan CPI 2015 di Kelab Diraja Selangor, Bukit Kiara.
Bagaimanapun maklumnya, kedudukan Malaysia mungkin lebih buruk sekiranya tujuh negara tidak menarik diri untuk penilaian 2015.
Negara-negara tersebut adalah Bahamas, Barbados, Republik Dominica, Puerto Rico, St. Vincent & Grenadines, Samoa dan Swazilan.
Denmark berada di tangga pertama negara paling kurang rasuah, diikuti Finland, Sweden, New Zealand, Netherlands dan Norway. Sementara negara yang mencatat indeks rasuah terburuk adalah Somalia, Korea Selatan, Afghanistan, Sudan, Sudan Selatan dan Angola.
Bagi memperbaiki kedudukan tersebut, Akhbar mencadangkan supaya institusi SPRM ditambah baik dengan menjadikannya sebuah badan bebas.
"Untuk benar-benar bebas, SPRM perlu ditukar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Bebas (IACC) berdasarkan kepada memorandum yang dibuat TI bersama Majlis Peguam, Insititut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) dan Pusat Membasmi Rasuah dan Kronisme (C4).
"Ia supaya suruhanjaya tersebut mempunyai kuasa mutlak dalam melantik dan memecat (hiring and firing) serta memiliki sumber kewangan sendiri yang disediakan oleh Parlimen," jelasnya.
Pada masa sama, rakyat juga digesa untuk bersama-sama dengan suruhanjaya tersebut dalam menghapuskan setiap elemen berkaitan rasuah di semua peringkat.
Mengambil contoh Indonesia yang mencatat peningkatan prestasi saban tahun, rakyatnya bersama dalam memperkasakan gerak kerja membanteras jenayah rasuah.
"Saya dapati di Malaysia ini, kita tidak memiliki sikap kekitaan yang cukup kuat. Di Indonesia, rakyatnya mengumpul dana sendiri untuk membiayai pembinaan kompleks untuk Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK) ketika berlaku ketirisan dalam pelaksanaan projek tersebut. Ini yang kita mahukan dalam masyarakat kita," katanya.
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#1MDB
#CPI
#Indeks Persepsi Rasuah
#RM2.6 bil
#SPRM
#SRC
#TI
#Transparency International
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan