awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony umum keluar dari pasaran perakam cakera Blu-ray
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuaca panas: Kerajaan Sabah bawa ke kabinet negeri bincang lanjut cuti sekolah

Bernama
Bernama
30/04/2023
07:27 MYT
Cuaca panas: Kerajaan Sabah bawa ke kabinet negeri bincang lanjut cuti sekolah
Datuk Mohd Arifin Mohd Arif yang juga Exco Pendidikan negeri Sabah berkata cadangan melanjutkan cuti persekolahan akan dibincangkan di peringkat Persekutuan dan peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Sebarang keputusan mengenai cadangan melanjutkan cuti persekolahan berikutan cuaca panas ketika ini akan dibawa untuk perbincangan di peringkat Kabinet negeri, kata Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.
Beliau yang juga Exco Pendidikan negeri berkata perkara itu juga akan dibincangkan di peringkat Persekutuan dan peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
"Saya juga akan mengadakan pertemuan dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk mendapatkan pandangan selain makluman berkaitan pendidikan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa (SICC) di sini hari ini.
Majlis itu dihadiri Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah R.M Jasni; serta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan barisan kepimpinan kerajaan negeri.
Pada Jumaat lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata Jemaah Menteri harus berbincang sama ada cuti sekolah perlu dilanjutkan susulan fenomena haba panas yang melanda negara ketika ini sehingga menyebabkan dua kematian melibatkan kanak-kanak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cuaca panas
#Sabah
#Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif
#cuti sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan