awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Malaysia perlu amal diplomasi bijak, urus hubungan perdagangan - Anwar
Pemandu maut tercampak, lori terbakar
Krisis tenaga global: Hasil kutipan semula RM15.5 bilion bantu tambung subsidi - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuaca panas: KPM junjung titah Agong pastikan keselamatan warga sekolah terpelihara

Bernama
Bernama
27/03/2026
07:27 MYT
Cuaca panas: KPM junjung titah Agong pastikan keselamatan warga sekolah terpelihara
KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan titah Sultan Ibrahim menjadi peringatan kepada semua institusi pendidikan di bawah kementerian itu untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa mengikuti garis panduan ditetapkan.

Kementerian Pendidikan (KPM) menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim supaya keselamatan serta kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah dipastikan terpelihara berikutan cuaca panas ketika ini.

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan titah Sultan Ibrahim menjadi peringatan kepada semua institusi pendidikan di bawah kementerian itu untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa mengikuti garis panduan ditetapkan.

"KPM telah mengeluarkan arahan berkaitan kepada semua institusi pendidikan bawah kelolaannya.
"Ini termasuk keperluan untuk memantau pelaksanaan aktiviti luar serta kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana di sekolah untuk memakai pakaian sukan yang sopan semasa cuaca panas," menurut kenyataan itu.

Semalam, Seri Paduka Baginda menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menekankan kepentingan menjaga kesihatan dengan mengurangkan aktiviti luar yang terdedah kepada cuaca panas serta memastikan pengambilan air yang mencukupi sepanjang tempoh berkenaan.

Sultan Ibrahim turut bertitah agar KPM mengambil perhatian serius berkenaan perkara itu bagi memastikan kesihatan murid serta pelajar tidak terjejas berikutan fenomena cuaca panas.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#KPM
#Agong
#Sultan Ibrahim
#pelajar
#guru
#sekolah
#cuaca panas
#titah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan