awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Misi bantuan Gaza: Pemilihan MB Selangor bantu permudah rundingan dengan Mesir - Anwar
WHO gesa sokongan keihatan segera di kawasan konflik Asia Barat
Tiga lagi anggota pengaman UNIFIL cedera letupan di Lubnan, Indonesia gesa mesyuarat segera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuaca panas: Melaka tingkat kesiapsiagaan tangani isu bekalan air

Bernama
Bernama
28/03/2026
08:32 MYT
Cuaca panas: Melaka tingkat kesiapsiagaan tangani isu bekalan air
Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata setakat ini paras air di empangan utama negeri masih berada pada tahap terkawal dan belum memerlukan pelaksanaan catuan air. - Bernama
Kerajaan Negeri Melaka memperkukuh kesiapsiagaan untuk menangani isu bekalan air susulan cuaca panas dan kering ketika ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata setakat ini paras air di empangan utama negeri masih berada pada tahap terkawal dan belum memerlukan pelaksanaan catuan air.
"Kerajaan negeri akan terus mendapatkan maklumat terkini daripada agensi berkaitan termasuk badan kawal selia air bagi memastikan sebarang perubahan dapat dimaklumkan kepada rakyat dengan segera," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat 2026 peringkat negeri di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini hari ini yang turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam.
Ab Rauf berkata dalam masa sama, usaha meningkatkan kecekapan pengurusan air berjaya menurunkan kadar kehilangan Air Tidak Terhasil (NRW) kepada sekitar 50 peratus, antaranya melalui pengurangan tekanan air pada waktu malam bagi mengawal pembaziran.
“Langkah ini membantu kita mengawal pembaziran air dan meningkatkan kecekapan pengurusan sumber, sekali gus antara usaha menghadapi kesan cuaca panas sekarang,” katanya.
Beliau berkata rakyat negeri ini turut dinasihatkan supaya menggunakan air secara berhemat dan tidak menolak kemungkinan pengumuman berkaitan penjimatan air akan dibuat sekiranya cuaca panas berpanjangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ab Rauf Yusoh
#cuaca panas
#bekalan air
#NRW
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan