awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuaca panas: Penyelidikan pertanian perlu dipertingkat - Mohamad Sabu

Bernama
Bernama
09/05/2023
05:20 MYT
Cuaca panas: Penyelidikan pertanian perlu dipertingkat - Mohamad Sabu
Mohamad berkata bidang pertanian dan keterjaminan makanan kini diberi perhatian serius oleh pemimpin seluruh dunia. - Gambar/ Bernama
KANGAR: Dalam usaha menghadapi cabaran global seperti isu bekalan makanan dan cuaca panas, Malaysia perlu menitikberatkan penyelidikan dalam sektor pertanian, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Beliau berkata negara maju seperti China berada di depan kerana mereka memberikan tumpuan kepada perkara itu.
"Kita (Malaysia) juga sedang berusaha ke arah itu dan saya berharap satu hari nanti kita mampu capai ke tahap tersebut, hasil daripada pembangunan dalam bidang penyelidikan secara berterusan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Sains dan Tanah Antarabangsa (SOILS 2023) anjuran Fakulti Perladangan dan Agroteknologi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis dengan kerjasama Persatuan Sains Tanah Malaysia.
Turut hadir Rektor UiTM Perlis Prof. Madya Ts. Shukor Sanim Mohd Fauzi dan Presiden Persatuan Sains Tanah Malaysia Rosazlin Abdullah.
Mohamad berkata bidang pertanian dan keterjaminan makanan kini diberi perhatian serius oleh pemimpin seluruh dunia dan China, sebagai contoh, menggunakan teknologi baharu secara meluas dalam bidang pertanian dan penternakan.
"Semua diuruskan menggunakan teknologi terkini termasuk dalam pengurusan ternakan, operasi mesin dan sebagainya yang boleh tingkatkan hasil," katanya dan beliau akan turut meminta kerajaan menambah peruntukan bagi penyelidikan dalam bidang pertanian menerusi belanjawan akan datang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohamad Sabu
#cuaca panas
#pertanian
#keterjaminan makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan