awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuaca panas: Perak pantau rapi empangan utama

Bernama
Bernama
05/04/2026
06:45 MYT
Cuaca panas: Perak pantau rapi empangan utama
Empangan Bukit Merah (foto) setakat ini merekodkan paras 6.965 meter, menunjukkan trend penurunan dan berada pada status Kritikal Pengairan Tahap Satu. -Gambar fail/Bernama
Kerajaan Negeri Perak sentiasa memantau rapi paras air di empangan utama di seluruh negeri yang merekodkan trend penurunan akibat cuaca panas berpanjangan.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata Empangan Bukit Merah setakat ini merekodkan paras 6.965 meter, menunjukkan trend penurunan dan berada pada status Kritikal Pengairan Tahap Satu.
Beliau berkata Empangan Temenggor menunjukkan trend penurunan paras air yang berterusan sejak awal Januari dengan paras semasa pada 239.07 meter dan semakin menghampiri paras kritikal operasi selamat empangan iaitu 238 meter.
“Secara keseluruhannya, keadaan empangan yang berada pada tahap kritikal memerlukan pemantauan berterusan, pengurusan pelepasan air secara berdisiplin dan penggunaan air secara berhemah," katanya pada Majlis Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rapat di padang Taman Lapangan Jaya di sini hari ini.
Dalam pada itu, Mohammad Nizar berkata secara umumnya bekalan air di semua kawasan di negeri ini pada masa ini masih stabil dan terkawal.
Beliau berkata semua loji rawatan air beroperasi dengan baik dan pada tahap pengeluaran yang diperlukan kecuali loji yang menghadapi penyusutan air mentah di muka sauk.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohamad Nizar Jamaluddin
#Empangan Bukit Merah
#empangan temenggor
#pemantauan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan