awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Trump luah kekecewaan terhadap NATO, Rutte memahami
Tentera AS kekal di sekitar Iran sehingga Tehran patuh perjanjian - Trump
Lubnan tidak mahu terperangkap dalam konflik serantau - Duta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuaca panas: Sekolah di Pendang, Kota Setar laksana PdPR selama 3 hari bermula esok - JPN Kedah

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
28/03/2026
11:36 MYT
Cuaca panas: Sekolah di Pendang, Kota Setar laksana PdPR selama 3 hari bermula esok - JPN Kedah
Laporan MetMalaysia menunjukkan suhu harian Tahap 2 telah direkodkan selama tiga hari berturut-turut bermula 26 hingga 28 Mac 2026 di kedua-dua daerah berkenaan. - Gambar hiasan
Pengoperasian sekolah di daerah Pendang dan Kota Setar akan dilaksanakan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selama tiga hari bermula 29 hingga 31 Mac 2026.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah, Abdul Rahim Mat, memaklumkan bahawa keputusan itu dibuat susulan laporan daripada Jabatan Meteorologi Malaysia yang menunjukkan suhu harian Tahap 2 telah direkodkan selama tiga hari berturut-turut bermula 26 hingga 28 Mac 2026 di kedua-dua daerah berkenaan.
Tambahnya, keputusan itu juga adalah selaras dengan garis panduan Kementerian Pendidikan (KPM) berkaitan pengoperasian institusi pendidikan semasa cuaca panas.
Sehubungan itu, pelaksanaan PdPR akan dilaksanakan bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid, guru serta warga sekolah sentiasa terpelihara.
Beliau memaklumkan bahawa pelaksanaan PdPR ini melibatkan keseluruhan 206 buah sekolah di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Setar dan PPD Pendang.
Menurutnya, sepanjang tempoh pelaksanaan PdPR tersebut, sekiranya keadaan cuaca menunjukkan perubahan kepada tahap normal, maka pengoperasian sekolah secara bersemuka akan diteruskan semula pada hari berikutnya berdasarkan penilaian semasa.
JPN Kedah juga akan terus memantau perkembangan cuaca semasa dan akan memaklumkan sebarang maklumat lanjut pengoperasian sekolah dari semasa ke semasa.
Pihak pentadbir sekolah, guru, ibu bapa dan penjaga juga dimohon untuk memberi kerjasama sepenuhnya dalam memastikan kelancaran pelaksanaan PdPR demi kesejahteraan murid.
Topic Berkaitan
#cuaca panas
#pelajar sekolah
#Pendang
#Kota Setar
#PdPR
#pembelajaran
#MetMalaysia
#JPN Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan