awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM ucap selamat menyambut Hari Easter kepada penganut Kristian
Konflik Asia Barat: Malaysia perlu amal diplomasi bijak, urus hubungan perdagangan - Anwar
Pemandu maut tercampak, lori terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuba dakwa bot berdaftar AS rancang serangan bersenjata

Astro AWANI
Astro AWANI
26/02/2026
20:44 MYT
Cuba dakwa bot berdaftar AS rancang serangan bersenjata
Rubio mengatakan bahawa Washington akan menjalankan siasatan sendiri dan tidak akan bergantung sepenuhnya pada maklumat yang disediakan Cuba. - Foto fail/REUTERS
Pihak berkuasa Cuba menuduh sekumpulan 10 individu di atas sebuah bot laju berdaftar di Amerika Syarikat (AS) merancang satu cubaan pencerobohan bersenjata selepas ia dipintas berhampiran perairan utara negara itu pada Rabu.
Menurut Kementerian Dalam Negeri Cuba, pasukan pengawal sempadan melepaskan tembakan selepas dakwaan bahawa kumpulan tersebut menembak terlebih dahulu, menyebabkan empat terbunuh manakala enam lagi cedera.
Komander kapal peronda Cuba juga dilaporkan cedera dalam insiden itu.
Ketegangan antara Washington dan Havana semakin meningkat sejak penahanan sekutu rapat Cuba, Nicolas Maduro, oleh AS, yang turut menjejaskan bekalan minyak ke pulau itu.
Susulan insiden terbaharu ini, Presiden Miguel Diaz‑Canel menegaskan bahawa Cuba akan mempertahankan kedaulatannya daripada apa yang digelar “ancaman pengganas dan tentera upahan”.
Pihak berkuasa Cuba berkata semua penumpang bot tersebut ialah warga Cuba yang menetap di AS, dan senjata api serta bahan letupan buatan sendiri ditemui di atas bot.
Seorang individu lain turut ditahan di darat kerana didakwa terlibat dalam perancangan operasi itu.
AS pula menyifatkan kejadian itu sebagai “luar biasa”, dengan Setiausaha Negara Marco Rubio mengatakan bahawa Washington akan menjalankan siasatan sendiri dan tidak akan bergantung sepenuhnya pada maklumat yang disediakan Cuba.
Rubio juga mengulangi pendirian kerasnya terhadap kerajaan komunis Havana, sambil menyeru reformasi besar‑besaran.
Insiden ini berlaku ketika Cuba berdepan kekurangan minyak yang semakin meruncing akibat sekatan dan tindakan AS terhadap penghantaran minyak dari Venezuela.
Walaupun begitu, Jabatan Perbendaharaan AS pada hari sama mengumumkan sedikit kelonggaran bagi transaksi sektor swasta tertentu, termasuk jualan minyak untuk tujuan komersial dan kemanusiaan.
Topic Berkaitan
#bot laju
#pencerobohan bersenjata
#Marco Rubio
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan