awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cubaan edar surat palsu pengisytiharan Sultan Perak ke-36 didedahkan

Astro Awani
Astro Awani
28/09/2016
09:13 MYT
Cubaan edar surat palsu pengisytiharan Sultan Perak ke-36 didedahkan
Zambry menzahirkan rasa kecewa beliau kerana ini merupakan satu lagi kes pemalsuan menggunakan kepala surat pejabat menteri besar yang cuba mencemarkan imej Pejabat Menteri Besar Perak. - Gambar fail
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mendedahkan ada percubaan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab mengedar surat palsu menggunakan kepala surat Pejabat Menteri Besar kononnya beliau telah membuat pengisytiharan bahawa Sultan Badaruddin Alang Diwakis sebagai Sultan Perak yang ke-36.
Beliau berkata, surat palsu itu yang tidak diketahui dari mana punca sebenarnya telah diserahkan kepada beliau oleh seorang kakitangan Pejabat Menteri Besar pagi tadi.
Katanya, beliau telah mengarahkan supaya satu laporan polis dibuat hari ini berhubung perkara itu.
"Yang paling mengecewakan ialah dia menggunakan kepala surat daripada pejabat Menteri Besar yang dipalsukan. Sehubungan itu pejabat saya dengan saya membuat pengisytiharan itu jadi ini satu lagi kes pemalsuan.
"Saya telahpun mengarahkan kepada pihak pejabat menteri besar untuk membuat laporan polis bagi mencari individu berkenaan ataupun pihak yang berkenaan yang mengeluarkan kenyataan ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, pada Rabu.
Zambry menzahirkan rasa kecewa beliau kerana ini merupakan satu lagi kes pemalsuan menggunakan kepala surat pejabat menteri besar yang cuba mencemarkan imej Pejabat Menteri Besar Perak.
Beliau menggesa siasatan segera dapat dijalankan oleh pihak polis bagi mencari dan mengambil tindakan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab mengeluarkan surat palsu itu.
Topic Berkaitan
#palsu
#Sultan Badaruddin Alang Diwakis
#Sultan Perak
#surat
#Zambry Abd Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan