awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cubaan pecah masuk rumah di siang hari gagal

Najib Aroff
Najib Aroff
07/07/2019
07:09 MYT
Cubaan pecah masuk rumah di siang hari gagal
Tindakan pantas penduduk sekitar menghubungi polis berjaya mematahkan cubaan lelaki berkenaan. - Foto ihsan polis
Tindakan seorang lelaki memecah masuk sebuah rumah gagal apabila dia ditahan pihak polis.
Ketika kejadian, penduduk kawasan sekitar melihat kelibat lelaki tersebut yang mengumpil pintu pagar rumah berkenaan sebelum memanjat bumbung untuk masuk melalui sebuah tingkap.
Tindakan pantas penduduk sekitar menghubungi polis berjaya mematahkan cubaan lelaki berkenaan.
“Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang menerima laporan daripada penduduk di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi berkaitan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan sedang mengumpil pagar pintu dan memanjat ke atas bumbung sebuah rumah di kawasan tersebut.
“Pihak polis yang tiba di tempat kejadian berjaya menangkap membuat suspek yang sedang bersembunyi di dalam bilik kedua di rumah tersebut,” kata Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof dalam satu kenyataan pada Ahad.
Hasil pemeriksaan, suspek didapati mempunyai sebelas rekod lampau melibatkan enam kes dadah dan lima kes pecah rumah.
Ujian saringan awal yang dijalankan terhadap suspek juga dapati positif dadah jenis heroin.
Saspek kini ditahan dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah dan seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya kerana memasukkan dadah dalam badan.
Topic Berkaitan
#Akta Dadah Berbahaya
#pecah rumah
#Polis Daerah Kajang
#positif dadah
#Seksyen 4 Bandar Baru Bangi
#Seksyen 457 Kanun Keseksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan