awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuepacs minta kerajaan segera laksana lima tuntutan

Bernama
Bernama
15/08/2020
21:00 MYT
Cuepacs minta kerajaan segera laksana lima tuntutan
Adnan berkata penjawat awam telah membuktikan taat setia dan bekerjasama dengan tetap melaksanakan tugas dengan baik dan berdedikasi walaupun berlaku perubahan kerajaan. - Bernama
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan agar segera menunaikan lima tuntutan yang belum dilaksanakan bagi menjaga kepentingan dan kebajikan penjawat awam.
Presidennya, Adnan Mat berkata ini kerana penjawat awam telah membuktikan taat setia dan bekerjasama dengan tetap melaksanakan tugas dengan baik dan berdedikasi walaupun berlaku perubahan kerajaan.
"Lima perkara ini sudah dimuktamadkan setelah kajian terperinci dilakukan tetapi mengapa ia masih tidak dilaksanakan?
"Apabila pertukaran kerajaan berlaku, kakitangan kerajaan menjadi mangsa keadaan yang mana ada permintaan kita telah diabaikan.
"Sedangkan mereka telah menjalankan tugas dengan baik tanpa mengira siapa yang menjadi kerajaan sekali gus memastikan kerja pentadbiran pejabat kerajaan berjalan seperti biasa," katanya.
Adnan berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Menandatangani Dokumen Perjanjian (MoA) antara Widad University College (WUC) dengan USAINS Holding Sdn Bhd serta Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara WUC dengan Kesatuan Kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat Semenanjung Malaysia (Kesateria) di sini pada Sabtu.
Lima tuntutan itu ialah kenaikan gaji berkuat kuasa 1 Julai 2018 dan pemendekan kenaikan pangkat 'time based' kali kedua yang dikurangkan dari 13 tahun kepada 10 tahun berkuat kuasa 1 Januari 2018, selain pengumuman gaji tambahan kepada guru gred DG56.
Ia juga melibatkan penebusan awal Gantian Cuti Rehat (GCR) sebanyak 75 hari boleh ditukar kepada wang tunai bagi yang sudah berkhidmat lebih daripada 15 tahun dan Kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) tambahan sebanyak RM50 sebulan bagi kumpulan pelaksana juga diperluas kepada penjawat awam Sabah dan Sarawak.
Sementara itu, mengulas mengenai MoA dan MoU itu, Pengerusi Lembaga Pengarah WUC Datuk Nasir Mat berkata kerjasama itu memberi peluang kepada kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) untuk meningkatkan tahap akademik termasuk ke peringkat diploma dan ijazah pertama.
"Buat masa ini, kita menyediakan diploma pengurusan dan selepas ini diploma pengurusan lestari akan diperkenalkan. Seramai 72 warga Kemas telah mendaftar dengan WUC dan mereka akan melalui proses pembelajaran secara dalam talian selain hadir beberapa kali ke kolej," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Adnan Mat
#cuepacs
#kerajaan
#Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam
#mangsa
#Pekerja
#penjawat awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan