awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis sekat komunikasi tahanan Pakistan lolos dari Penjara Sungai Buloh
Kamus Dewan Perdana versi web kini boleh diakses
'Stor burger lebih cantik'- Saifuddin arah naik taraf segera pondok keselamatan sempadan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cukai: Pemilik tanah Pulau Pinang dinasihat rujuk terus Pejabat Daerah dan Tanah

Bernama
Bernama
07/03/2026
05:39 MYT
Cukai: Pemilik tanah Pulau Pinang dinasihat rujuk terus Pejabat Daerah dan Tanah
Chow Kon Yeow berkata nasihat itu termasuk juga kepada wakil-wakil rakyat khasnya Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri jika terdapat sebarang kemusykilan. - Gambar fail
Semua pemilik tanah di Pulau Pinang dinasihatkan berhubung terus dengan pejabat daerah dan tanah masing-masing bagi mendapatkan penjelasan serta mengemukakan rayuan jika perlu berhubung kadar Cukai Tanah 2026.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata nasihat itu termasuk juga kepada wakil-wakil rakyat khasnya Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri jika terdapat sebarang kemusykilan.
Beliau berkata kadar cukai tanah baharu Pulau Pinang dikira berdasarkan empat kriteria iaitu pengelasan tanah sama ada bandar dan desa, keluasan tanah, kegunaan semasa serta kadar yang berkenaan.
“Kerajaan negeri sentiasa memantau isu-isu dihadapi pemilik tanah terkesan dari semasa ke semasa dengan penambahbaikan akan dilaksanakan terhadap garis panduan pelaksanaan serta rayuan cukai tanah bagi membantu semua pihak menyesuaikan diri dengan ekosistem baharu berkaitan.
“Saya akan mengumumkan keputusan kes-kes rayuan yang diterima Pejabat-pejabat Daerah dan Tanah seusai Mesyuarat Majlis Kerajaan (MMK) Negeri pada minggu depan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Chow berkata pada Januari lepas, kerajaan negeri turut menetapkan kadar cukai bagi semua sekolah kerajaan dan persendirian di Pulau Pinang pada kadar nominal RM50 setiap lot.
Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak pengurusan sekolah untuk tampil ke pejabat tanah bagi mengemas kini maklumat kegunaan tanah berdasarkan sekolah bagi tujuan pemberian kadar cukai nominal.
Rabu lepas, Chow berkata formula kiraan cukai tanah selepas semakan Cukai Tanah 2026 dilihat lebih adil dan saksama kepada semua pemilik tanah di negeri ini tanpa sebarang diskriminasi antara pemilik tanah First Grade dan bukan First Grade.
Kerajaan negeri telah melaksanakan semakan kadar cukai tanah dan pengelasan tanah desa ke bandar bagi seluruh Pulau Pinang selaras dengan peruntukan Seksyen 101 Kanun Tanah Negara (Akta 828) yang berkuat kuasa mulai 1 Jan lepas.
Pelaksanaan semakan kadar cukai tanah itu melibatkan hampir 370,000 hak milik tanah di seluruh Pulau Pinang, merangkumi pelbagai kategori dan kegunaan tanah termasuk kategori kediaman, perniagaan, perindustrian, pertanian serta kategori-kategori khas lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Chow Kon Yeow
#cukai tanah
#kadar cukai baharu
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan