awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar

Astro Awani
Astro Awani
19/04/2024
06:30 MYT
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menurut Mohd Na’im, kekejaman melampaui sifat kemanusiaan rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin adalah jelas tidak boleh diterima sama sekali.
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
Menurut Mohd Na’im, kekejaman melampaui sifat kemanusiaan rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin adalah jelas tidak boleh diterima sama sekali.
Malah tambah beliau, cukup sekadar memboikot jenama-jenama antarabangsa yang didakwa ada kaitan dengan Israel dan tidak bertindak ganas serta ekstrem sehingga mengundang keresahan awam.
“Apa jua tindakan yang diambil untuk menunjukkan solidariti kepada umat Palestin perlulah dibuat atas asas ilmu dan akhlak,” kata Mohd Na'im dalam satu mesej ringkas.
Pada masa sama, beliau mengingatkan bahawa ajaran Islam dengan jelas melarang tindakan mencemuh, memberi gelaran buruk dan mengaibkan mana-mana pihak.
Topic Berkaitan
#boikot
#Mohd Na'im Mokhtar
#kekejaman israel
#MZB365
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan