awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Culik Ligitan: Empat mangsa culik rakyat Malaysia masih hidup - KPN

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
29/04/2016
10:26 MYT
Culik Ligitan: Empat mangsa culik rakyat Malaysia masih hidup - KPN
KHALID: Kita bekerjasama dengan pihak polis, tentera termasuk kerajaan Filipina dan kita terus berkolaborasi dengan mereka. - Gambar fail
Empat rakyat Malaysia yang diculik lelaki bersenjata di perairan Pulau Ligitan, Semporna, Sabah, 1 April lalu disahkan masih hidup.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, ketika ini pihaknya masih mengambil segala langkah termasuk meneruskan rundingan dengan pihak berkuasa Filipina dalam usaha membebaskan semua mangsa tersebut.
“Seperti yang saya kata sebelum ini, saya tidak akan memberi sebarang maklumbalas berhubung kejadian tersebut. Tapi saya ingin nyatakan di sini bahawa kita mengambil segala langkah yang perlu dalam kita mendapatkan kebebasan mangsa.
"Kita bekerjasama dengan pihak polis, tentera termasuk kerajaan Filipina dan kita terus berkolaborasi dengan mereka," katanya pada majlis PDRM bersama rakyat di Masjid Darul Ibadah, Batu Kawa di sini hari ini.
Empat mangsa rakyat Malaysia yang diculik itu adalah Wong Teck Kang, 31; Wong Hung Sing, 34; Wong Teck Chii, 29 dan Johnny Lau Jung Hien, 21.
Mereka antara sembilan kru kapal tunda yang sedang dalam perjalanan balik dari Filipina ke Malaysia.
Khalid sebelum ini berkata berkata bahawa pihaknya mempunyai maklumat risikan tentang mengapa empat rakyat Malaysia itu menjadi sasaran penculik, namun beliau enggan mendedahkannya secara terperinci bagi menjaga keselamatan mereka.
Topic Berkaitan
#culik
#Filipina
#Junaidi Bujang
#Ketua Polis Negara
#Khalid Abu Bakar
#Polis Miri
#Pulau Ligitan
#Sabah
#Semporna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan