awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye, Arab Saudi selesai isu visa transit selepas pertikaian sedekad
Isyarat awal “Super El Nino” timbul risiko cuaca melampau global
Harga MSM dijangka terus meningkat susulan mandat biodiesel, harga minyak tinggi - CIMB Securities
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuti Aidilfitri bertukar tragedi, 18 maut bas terjunam ke dalam sungai di Bangladesh

Reuters
Reuters
26/03/2026
05:27 MYT
Cuti Aidilfitri bertukar tragedi, 18 maut bas terjunam ke dalam sungai di Bangladesh
Kejadian berlaku kira‑kira jam 5.15 petang waktu tempatan di terminal feri Daulatdia, bandar Goalanda, apabila bas menuju Dhaka itu hilang kawalan ketika sedang menaiki ponton untuk memasuki feri.
Sekurang-kurangnya 18 orang maut apabila sebuah bas yang membawa kira‑kira 50 penumpang terjunam ke dalam Sungai Padma di daerah Rajbari, Bangladesh, petang semalam.
Kejadian berlaku kira‑kira jam 5.15 petang waktu tempatan di terminal feri Daulatdia, bandar Goalanda, apabila bas menuju Dhaka itu hilang kawalan ketika sedang menaiki ponton untuk memasuki feri.
Pegawai Jabatan Bomba dan Pertahanan Awam, Dewan Sohel Rana berkata bas tersebut terjatuh dari ponton sebelum tenggelam ke dasar sungai sedalam kira‑kira 24 meter.
Majoriti mangsa yang maut merupakan penumpang yang terperangkap di dalam bas, termasuk wanita dan dua kanak‑kanak, manakala 10 hingga 11 penumpang berjaya berenang ke tebing sungai.
Kapal penyelamat Hamza berjaya menaikkan bangkai bas pada jam 11.50 malam tadi, dengan 16 lagi mayat ditemukan di dalamnya selepas dua mayat awal ditemui penduduk tempatan.
Operasi mencari dan menyelamat diteruskan bagi mengesan kemungkinan mangsa lain yang masih hilang.
Insiden berlaku ketika orang ramai pulang ke Dhaka selepas cuti perayaan Aidilfitri selama seminggu, menyebabkan jumlah penumpang di laluan tersebut meningkat.
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#sungai padma
#Rajbari
#kemalangan bas
#feri Daulatdia
#operasi sar
#mangsa lemas
#Aidilfitri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan