awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dadah bernilai RM676 juta dirampas di Puncak Alam

Bernama
Bernama
19/08/2019
15:44 MYT
Dadah bernilai RM676 juta dirampas di Puncak Alam
JKDM telah menemui 11 guni putih mengandungi serbuk putih disyaki dadah jenis ketamin seberat 500 kilogram (kg) di premis berkenaan. - Foto PDRM/JKDM
Polis mengesahkan terdapat satu rampasan dadah bernilai jutaan ringgit dalam satu serbuan di sebuah premis di Pusat Perdagangan Alam Jaya di Puncak Alam, Kuala Selangor dekat sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Md Asri A Wahab berkata rampasan berkenaan dijalankan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
"Rampasan dan siasatan dijalankan oleh JKDM, oleh itu kami hanya mengesahkan ada satu laporan polis di Balai Polis Jeram, Kuala Selangor dibuat berhubung rampasan ini," katanya dalam kenyataan di sini.
Difahamkan menerusi serbuan itu, JKDM telah menemui 11 guni putih mengandungi serbuk putih disyaki dadah jenis ketamin seberat 500 kilogram (kg) di premis berkenaan.
Turut dirampas dalam serbuan itu ialah 23,230 ketulan mampat mengandungi serbuk putih disyaki dadah jenis kokain dengan berat dianggarkan mencecah 3,230kg.
Kesemua rampasan itu dianggarkan bernilai kira-kira RM676 juta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Balai Polis Jeram
#dadah jenis ketamin
#dadah jutaan ringgit
#Jabatan Kastam Diraja Malaysia
#Polis Daerah Kuala Selangor
#Pusat Perdagangan Alam Jaya
#rampasan dadah
#serbuan dadah
#serbuan dadah Puncak Alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan