awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwa terbabit skandal: Muhyiddin gesa Raja Petra minta maaf

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
16/06/2016
15:11 MYT
Dakwa terbabit skandal: Muhyiddin gesa Raja Petra minta maaf
Katanya Muhyiddin, tuduhan penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dalam beberapa siri entri blognya menjijikkan. - Gambar fail
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan tuduhan liar yang dilemparkan terhadapnya adalah tidak berasas dan berniat jahat.
Katanya lagi, tuduhan penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dalam beberapa siri entri blognya menjijikkan.
"Segala tohmahan tersebut adalah fitnah jahat dan sangka buruk yang disebarkan semata-mata untuk merosakkan integriti serta berbaur politik yang cukup menjijikkan lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang mulia ini.
"Sempena bulan Ramadan yang juga merupakan bulan keampunan dan kerahmatan, seharusnya orang yang membuat fitnah ini beristighfar dan berdoa semoga dihapuskan segala dosa-dosanya," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman facebook.
Muhyiddin berkata Raja Petra harus meminta maaf jika dia sedar kesalahannya.
"Saya percaya kesemua tohmahan ini bertujuan untuk menjejaskan reputasi saya setelah saya tidak lagi berada di dalam kabinet dan terus lantang bersuara untuk mencari kebenaran.
"Dugaan Allah SWT kepada saya amat besar di bulan Ramadan ini. Saya harus bertenang, bersabar dan berdoa mudah-mudahan Allah SWT permudahkan segala urusan kita," katanya.
Raja Petra dalam beberapa artikelnya, berkata Muhyiddin terlibat dalam skandal terlarang.
Topic Berkaitan
#blog Malaysia Today
#Muhyiddin Yassin
#Raja Petra Kamaruddin
#terbabit skandal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan